Gambar yang mencetus kemarahan nitizen seluruh malaysia dan warga perak .
PRESIDEN Persatuan Bola Sepak Perak (Pafa), Hasnul Zulkarnain Abdul Munaim yang mengeluarkan kenyataan tidak akan berganjak dengan desakan penyokong The Bos Gaurus Ahad lalu, akhirnya mengalah dan mengumumkan peletakan jawatannya itu, hari ini.
Hasnul Zulkarnain yang juga Exco Komunikasi, Multimedia, NGO dan Pembangunan Koperasi berkata, keputusan itu dibuat kerana mahu memberi fokus lebih besar dalam tugas hakiki selaku anggota Mesyuarat Kerajaan Negeri dan ahli politik.
“Dalam tempoh seminggu dua ini, kehidupan dan tumpuan kerja saya sedikit terganggu, tapi masih mampu memberi fokus terhadap tugas-tugas dalam Pafa.
“Sehinggalah lewat sehari dua ini saya rasakan perlu lakukan sesuatu supaya sukan ini dapat diteruskan dalam suasana lebih sihat tanpa ada unsur cuba menyakiti pihak lain,” katanya pada sidang media selepas mesyuarat Exco Eksekutif Pafa, hari ini.
[Read more…] about Sah!, Hasnul letak jawatan presiden kafa!