Keterujaan penyokong bola sepak tanah air kembali memuncak apabila Harimau Malaya bakal menghadapi tugasan antarabangsa bulan ini dengan barisan 24 pemain yang diumumkan oleh ketua jurulatih interim, Tan Cheng Hoe.
Bagaimanapun, pendekatan yang dibawa Cheng Hoe turut mengundang persoalan apabila beberapa eksperimen dalam pemilihan pemain dilihat sebagai satu risiko besar buat skuad kebangsaan.
Selepas prestasi memberangsangkan dalam saingan Piala ASEAN FIFA sebelum ini, harapan penyokong semakin tinggi untuk melihat Harimau Malaya meneruskan momentum positif.
Namun, dua aksi persahabatan menentang China dan Yaman pastinya menjadi ujian berbeza buat barisan pemain negara.
Bagaimanapun, perkara yang paling mencuri perhatian ialah ketiadaan pemain Johor Darul Ta’zim (JDT) dalam senarai 24 pemain kali ini. Keputusan tersebut menjadikan skuad Harimau Malaya tampil dengan wajah yang agak berbeza berbanding kebiasaan. [Read more…] about RISIKO BESAR EKSPERIMEN CHENG HOE – HARIMAU MALAYA MAMPU CIPTA KEJUTAN ATAU SEBALIKNYA?
