
Ketua jurulatih Kelantan Red Warrior FC (Kelantan RW FC), Irfan Bakti Abu Salim menyifatkan kejayaan menewaskan Sabah FC dengan keputusan 2-1 sebagai kemenangan paling bermakna buat pasukannya dalam saingan Liga Super musim ini.
Menurut Irfan, kemenangan tersebut merupakan hasil kerja keras dan pengorbanan para pemain yang tidak pernah berputus asa walaupun berdepan pelbagai cabaran sejak awal musim.
Beliau mengakui pada awalnya hanya mengharapkan sekurang-kurangnya satu mata daripada perlawanan itu. Namun, semangat juang tinggi yang ditampilkan pemain akhirnya membolehkan Kelantan RW membawa pulang tiga mata penuh. [Read more…] about IRFAN BAKTI ANGGAP KEMENANGAN KE ATAS SABAH PALING BERMAKNA BUAT KELANTAN RW!