BUDI MADANI merupakan alternatif Kerajaan MADANI dalam memastikan peruntukan subsidi disasarkan kepada golongan yang benar-benar layak untuk dapat. Hal tersebut telah dibincangkan dalam Belanjawan 2024 yang diumumkan, kerajaan komited untuk menyasarkan semula subsidi bahan api bagi mengekang aktiviti penyeludupan dan ketirisan subsidi rakyat.
BUDI MADANI DIPERKENALKAN.
?Bagi memastikan kebajikan majoriti rakyat terus terpelihara, BUDI MADANI diperkenalkan sebagai platform penyasaran semula subsidi hanya kepada yang memerlukan. Kenderaan pengangkutan barangan darat tertentu terus mendapat subsidi bagi mengawal harga barangan, manakala individu terpilih diberikan bantuan tunai bagi membendung kenaikan kos sara hidup.