
Skuad Harimau Malaya Bawah 15 Tahun (B-15) terpaksa menamatkan perjalanan mereka di Festival dan Piala Dunia B-15 FIFA 2026 dengan keputusan mengecewakan selepas tewas 0-2 kepada Lubnan.
Perlawanan yang berlangsung di Baku, Azerbaijan itu merupakan aksi final penentuan tempat ke-55 selepas Malaysia gagal melepasi cabaran Qatar pada peringkat separuh akhir penentuan kedudukan.
Anak buah P. Maniam sebenarnya mempamerkan tentangan sengit pada separuh masa pertama. Beberapa peluang turut berjaya dicipta oleh skuad muda negara untuk menguji benteng pertahanan Lubnan.
Bagaimanapun, Lubnan berjaya membuka tirai jaringan pada minit ke-15 sebelum menambah gol kedua pada minit ke-35.
Malaysia cuba bangkit untuk merapatkan jurang jaringan, namun usaha tersebut gagal membuahkan hasil sehingga wisel penamat dibunyikan. [Read more…] about Piala Dunia B-15: Malaysia Tewas Kepada Lubnan, Tamatkan Kempen Di Tangga Ke-56