
KUALA LUMPUR – Penantian peminat bola sepak tempatan akhirnya terjawab apabila kerajaan mengesahkan siaran langsung 2026 FIFA World Cup bakal disiarkan di Malaysia menerusi Unifi TV dan RTM.
Menteri Komunikasi, Fahmi Fadzil berkata, Unifi TV akan menayangkan kesemua 104 perlawanan kejohanan terbesar dunia itu, manakala RTM pula akan menyiarkan sebahagian besar aksi secara percuma kepada rakyat Malaysia.
Piala Dunia 2026 bakal menjadi edisi terbesar dalam sejarah apabila buat pertama kali menampilkan 48 negara dan 104 perlawanan. Kejohanan itu akan berlangsung di tiga negara tuan rumah iaitu Amerika Syarikat, Kanada dan Mexico bermula 11 Jun hingga 19 Julai 2026. [Read more…] about Penantian Tamat! Piala Dunia 2026 Kini Milik Peminat Malaysia