Apakah itu pening/sakit kepala?
Satu symptom yang mana, apabila kepala kita mengalami kesakitan yang sangat pedih. Tidak dapat berfikir dengan baik.
Sebagaimana yang telah kita ketahui, migraine/pening ini adalah suatu penyakit yang tidak diketahui puncanya. Mungkin ramai di antara kita yang menghidap penyakit ini dan kadang kala boleh mengganggu kerja/study.
Sehingga kini, migraine tidak mempunyai ubat. Kebiasaannya, apabila kita ke klinik, doktor akan bagi kita pil pain killer sahaja (pil tahan sakit) ,untuk mengurangkan sakit,bukannya menyembuhkan.
Punca pening/sakit kepala.
Sakit kepala adalah disebabkan oleh satu gangguan sakit sensitif struktur-struktur dalam kepala. Otak dalam sendiri tak sensitif kepada kesakitan, kerana ia tidak mempunyai nociceptors.
Beberapa kawasan kepala dan leher telah sakit sensitif struktur-struktur. Sakit sensitif struktur-struktur dibahagikan dalam dua: dalam tengkorak (urat darah, meninges, dan saraf-saraf kranium) dan di luar tengkorak (periosteum tengkorak, otot-otot, saraf-saraf, arteri dan urat-urat, tisu-tisu subkutaneus, mata, telinga, sinus dan membran mukus).
Punca-punca lain, terjadinya pening.
- Fikiran yang bercelaru atau tak menentu.
- Duduk bertentangan dengan cahaya terang.
- Memakai cermin mata yang tak sesuai dari segi “power” sama ada di sebelah mata kanan atau kiri atau kedua-dua belah.
- Merenung atau melihat sesuatu benda dengan keadaan mata yang kabur atau kelabu.
- Menghidap migrain, kencing manis, barah dan denggi.
- Memakai pakaian yang kurang sesuai. Terutamanya yang agak ketat pada bahagian pinggang.
- Memakai pewangi atau bau-bauan yang berlebihan.
Cara merawat pening! [Read more…] about Sakit kepala!