Penambahbaikan permohonan pengeluaran i-Lestari telah dilancarkan. 100% dalam talian, tanpa borang, dan tidak perlu ke cawangan. Tetapi kena ingat elakkan dari layari laman web scam yang sudah tular di media sosial. Sebab dah ada kes yang duitnya lesap macam tuh jer . Nampak macam betul dia tulis dari bank negara.
Apa itu i-Lestari dan bagaimana cara untuk membuat pengeluaran KWSP akaun 2 tersebut?:
- Pengeluaran maksimum RM500 sebulan daripada Akaun 2 KWSP.
- Pembayaran wang RM500 tersebut akan dibuat terus ke dalam akaun bank pencarum mulai Mei 2020.
- Bayaran pengeluaran akan dibuat secara bulanan dan berulang (recurring) untuk bulan-bulan berikutnya tertakluk kepada kelayakan bilangan bulan pengeluaran.
Seperti yang telah dimaklumkan oleh badan kerajaan. Matlamat asalnya akaun KWSP boleh dikeluarkan ini adalah untuk membantu pencarum KWSP meneruskan kelangsungan hidup ketika berdepan dengan pandemik COVID-19 dalam masa sama kegawatan ekonomi yang berlaku ketika ini. Ingat suka-suka ke kerajaan nak bagi keluar duit kwsp nih. Sebab kita dalam keadaan kegawatan ekonomi ekoran wabak covid19 yang menular bukan sahaja di malaysia, diseluruh dunia terkesan.
Kebanyakan rakyat bersetuju dengan initiatif ini, terutamanya yang terjejas pendapatan berikutan Perintah Kawalan Pergerakan di mana banyak jenis pekerjaan, perniagaan dan perkhidmatan terpaksa dihentikan buat sementara. Ini alternatif buat anda semua. Mahu keluar boleh, tak nak keluar pun boleh. Ini anda semua.
Online sudah boleh mohon.
Apa yang menariknya jika sebelum ini hanya orang yang mempunyai i-akaun KWSP yang boleh membuat permohonan secara online, kini permohonan baru i-Lestari juga boleh dilakukan terus secara online walaupun anda tidak mempunyai i-Akaun KWSP.
[Read more…] about Panduan Permohonan dan semakan I-Lestari secara Online