BANTUAN KOMPUTER RIBAB40

Menteri Pengajian Tinggi iaitu YB Dato’ Dr Noraini Ahmad baru-baru ini telah mengumumkan bantuan laptop dan internet percuma bagi para pelajar B40 yang berkelayakan.

Secara khususnya,bantuan ini merupakan salah sebuah inisiatif daripada pihak kerajaan berikutan daripada IPTA/IPTS yang terpaksa ditutup akibat daripada penularan wabak pandemik Covid-19 dan menyebabkan pelajar terpaksa meneruskan proses pembelajaran mereka daripada rumah secara atas talian.

Sasaran kepada pelajar universiti/kolej, keluarga b40. 

Bantuan Komputer Riba dan Data Internet Percuma ini adalah disasarkan bagi semua para pelajar universiti yang berasal daripada keluarga B40 oleh pihak Kementerian Pengajian Tinggi (KPT).

PANDUAN PERMOHONAN KOMPUTER RIBA. 

Untuk pengetahuan anda semua,para pelajar tidak perlu melakukan sebarang permohonan kerana pihak Universiti sendiri yang akan menghubungi pelajar yang layak menerima bantuan ini.

JENIS BANTUAN YANG BAKAL DITERIMA
1. Komputer Riba Percuma
2. Pemberian Wang Tunai
3. Pinjaman Komputer Riba
4. Bantuan Kewangan Istimewa
TAWARAN ISTIMEWA BAGI PAKEJ KOMPUTER RIBA. 
Bagi mereka yang ingin merasai bantuan harga laptop khas untuk para pelajar IPT, anda hanya perlu melakukan pembelian secara terus melalui online di kedai rasmi seperti di bawah ini: