Adalah dimaklumkan berkenaan dengan permohonan Bantuan Kewangan RM 600 bagi pekerja yang dicutikan tanpa gaji, pihak majikan hendaklah berhubung dengan pegawai SIP di cawangan PERKESO yang terdekat. Cara permohonan, mestilah dibuat oleh wakil majikan/HR sahaja.
Mereka yang layak menerima bantuan ini adalah pekerja yang diberi notis tanpa gaji mulai 1 Mac 2020. Ianya juga layak kepada pencarum Sistem Insurans Pekerjaan (EIS) dengan gaji tidak melebihi RM4,000 sebulan.
Langkah bantuan ini akan melibatkan peruntukan sebanyak RM120 juta. Seramai 33,000 pekerja disasarkan menerima faedah ini.
SHAH ALAM – Seramai 33,000 pekerja yang terpaksa mengambil cuti tanpa gaji susulan penularan wabak koronavirus (Covid-19) bakal menerima bantuan daripada kerajaan yang keseluruhannya berjumlah RM120 juta.
Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali berkata, keputusan itu diambil selepas mesyuarat dan penelitian terhadap masalah yang dihadapi rakyat. [Read more…] about Permohonan Bantuan Kewangan RM 600 bagi pekerja yang dicutikan tanpa gaji