Operasi harian untuk mesin pengeluaran wang automatik (ATM) akan dihadkan dalam tempoh perintah kawalan pergerakan (PKP), dengan waktu operasi terbaru bermula dari 7 pagi hingga 10 malam. hal ini bertujuan untuk mengurangkan lagi orang ramai dari pergi kerap ke atm sepanjang operasi ini.
Perkara itu dimaklumkan dalam senarai soalan lazim yang dikeluarkan Bank Negara Malaysia (BNM) mengenai akses kepada perkhidmatan kewangan penting dalam hari ini.
“Terminal layan diri, contohnya ATM, mesin-mesin deposit tunai, cek dan duit syiling, akan beroperasi sepenuhnya di lokasi yang mudah diakses, iaitu di premis dan lokasi yang tidak terjejas oleh PKP.
“Bagaimanapun, waktu operasi harian bagi semua terminal layan diri termasuk ATM akan dihadkan dari pukul 7.00 pagi hingga 10.00 malam sepanjang tempoh PKP ini (18-31 Mac),” kata BNM.