Panas, bengang , berat sebelah dan sewaktu dengannya.
Salam sejahtera. Bertemu lagi dalam meja sukan bersama Zikrihusaini.com. Semalam aku baru lepas final exam, dah la frust tak dapat jawab. Tambah lagi frust dengan perlawanan semalam Malaysia menentang China, selaku tuan rumah, Sukan di Guangzhao.
Pengadil Bikin Kontroversi.
Ya, memang kita dibelasah dengan china 3 berbalas 0. Tetapi aku ingin menyuarakan ketidakpuashatian mengenai pengadilan yang dilakukan oleh Mr Ben Wiliam (pengadil dari Australia) berat sebelah dan juga tidak profesional.
Cuba bayangkan 12 pemain versus 8 pemain. Mana nak cari makan beb?? Hanya mampu bertahan dan bertahan, sehingga wisel penamat. Ini kerana pengadil yang bangang tuh!! telah melayangkan tiga kad merah kepada Mahali Jasuli, Safiq Rahim dan S. Kunanlan ( pada separuh masa kedua).
Manakala yang dapat kad kuning pula,5 pemain lain iaitu Fadhli Shas, Norshahrul Idlan Talaha, Amar Rohidan, Asraruddin Putra Omar dan Muslim Ahmad turut dilayangkan kad kuning berbanding pemain China yang langsung macam anak emas, takda langsung kad tuh!… Grrrr