Diantara ciri-ciri yang bagus untuk terus berdaya saing, dengan mempunyai strategi pengurusan diri yang teratur ialah dengan mempunyai matlamat yang jelas dan jangka masa yang telah kita tetapkan (deadline).
Diantara contoh matlamat kita yang ingin capai, yang ini lebih kepada persendirian, berbeza dengan organisasi.
Show your target! (Tunjukkan matlamat anda).
Salam semua. Perancangan sepatutnya sesuatu yang menyeronokkan. Jika anda mendapati perancangan itu mengancam anda, cubalah bekerja dengan perasaan ini. Perasaan anda amat penting dan mungkin sedang cuba memberitahu anda sesuatu. Sebagai contoh, anda sedang mengemas kini rancangan perniagaan tetapi tidak mempunyai tenaga untuk melakukannya.
Apabila ini terjadi, carilah sebabnya. Perkara tadi mungkin terjadi kerana penangguhan yang datang daripada rasa takut akan kejayaan atau kegagalan- dan perkara tadi mungkin juga kerana anda malas- tetapi selalunya gerak hati anda akan cuba memberitahu anda sesuatu. Mungkin secara intuisinya anda tahu yang reka bentuk baju pejabat itu tidak bagus: inspirasi baru menonjolkan diri. Mungkin rancangan perniagaan anda membosankan; mungkin anda patut cuba menjadi lebih bercita-cita tinggi.
Sebaliknya, anda mungkin seseorang yang tidak pandai merancang. Jika anda tidak pandai merancang, anda mungkin sudah mengetahuinya. Merancang adalah sesuatu yang menyiksakan bagi anda; anda mungkin lebih rela cabut gigi anda sendiri. Masalah sebegini ada jawapannya ; dinding perancangan yang perlu kita buat.
Merancang dengan memilih : sediakan dinding perancangan! [Read more…] about Perancangan yang berkesan