Skuad kebangsaan Singapura bakal menghadapi cabaran besar apabila dijadualkan bertemu dua pasukan gergasi bola sepak Amerika Selatan, Paraguay dan Brazil dalam kejohanan Mizuho Blue Challenge – The Kallang Football Series Singapore yang berlangsung dari 13 hingga 17 November 2026.
Lebih menarik, pertemuan menentang Brazil pastinya menjadi perhatian kerana pasukan dari Amerika Selatan itu merupakan juara dunia lima kali dan berada di kedudukan keenam dunia menurut laporan berkenaan.
Ketua jurulatih Singapura, Gavin Lee telah menyenaraikan 24 pemain bagi menghadapi kedua-dua perlawanan persahabatan antarabangsa tersebut sebagai sebahagian daripada persiapan menghadapi Piala Asia.
DUA UJIAN BESAR MENANTI THE LIONS
Singapura akan memulakan cabaran menentang Paraguay pada 13 November 2026, jam 8.00 malam sebelum berdepan Brazil pada 17 November 2026, jam 6.00 petang.
Kedua-dua perlawanan akan berlangsung di Stadium Nasional Singapura. [Read more…] about SINGAPURA TERUJA UJI KEKUATAN MENENTANG BRAZIL, PASUKAN KE-6 DUNIA!
