Biasanya kerajaan negeri melakukan panggilan terus temuduga. Tetapi untuk kali ini (jarang berlaku), pihak negeri memanggil calon-calon untuk peperiksaan. Untuk sesi 2018 yang lalu peperiksaan melalui ONLINE, tetapi untuk sesi 2019, terus dipanggil ke sesi peperiksaan di dewan (OFFLINE).
Untuk rekod exam OFFLINE terakhir untuk jawatan ini dilakukan oleh pihak kerajaan negeri Pulau Pinang. Untuk Sesi 2019 ini kami jangkakan formatnya sama seperti negeri Pulau Pinang. Jika berbeza pun, penilaian ambilan masih dalam skop yang sama.
Mengikut rekod, diifahamkan ada beberapa sesi yang akan berlangsung 2018/19 ini ambilan terus oleh kerajaan negeri. Sebelum ini yang dah lepas adalah negeri Sarawak dan Pulau Pinang. Peperiksaan yang sama diuruskan oleh pihak SPA Pusat untuk ambilan kerajaan negeri.
Tapisan akan dilakukan dalam pelbagai peringkat sebelum anda boleh menjawat jawatan yang ditawarkan iaitu Pegawai Tadbir N41 sesi ambilan 2019. Anda kena LULUS ujian ini. Mungkin kali ini rezeki anda. Di sebalik ramai calon yang memohon, anda terpilih untuk dipanggil ke sesi exam 2019 ini.
FAKTA !!
Tapi jangan gembira dulu, sebab sebenarnya anda baru melalui FASA #1. Tapisan peperiksaan. Masih ada 2 FASA lagi sebelum anda boleh menjawat jawatan kerajaan di Terengganu ini.
[Read more…] about Panduan peperiksaan Pegawai Tadbir N41 Terengganu 2019 !!