Cadangan penubuhan Universiti Sains Sukan di Malaysia dilihat mampu memberikan impak positif terhadap pembangunan sukan negara, khususnya dalam usaha melahirkan lebih ramai atlet bertaraf dunia.
Bekas Timbalan Setiausaha Bahagian Seksyen Sukan, Datuk Dr. Pekan Ramli berpandangan bahawa penubuhan institusi khusus itu tidak seharusnya dinilai hanya berdasarkan persoalan kebolehpasaran graduan selepas tamat pengajian.
Sebaliknya, masyarakat perlu melihat potensi lebih besar yang boleh diwujudkan melalui sebuah universiti yang menghimpunkan kepakaran dalam pelbagai bidang sukan.
Menurut beliau, universiti berkenaan boleh menjadi pusat pengumpulan pakar sukan dari seluruh negara, termasuk pakar psikologi sukan, pembangunan sukan dan kejurulatihan.
Kepakaran ini boleh dimanfaatkan secara langsung untuk membantu atlet meningkatkan prestasi, memperbaiki kelemahan serta membentuk persediaan yang lebih sistematik bagi menghadapi pertandingan di peringkat antarabangsa.
HIMPUNKAN PAKAR SUKAN DI BAWAH SATU BUMBUNG [Read more…] about Pemerhati sukan ulas impak positif universiti sukan
