Selamat datang ke Zikri Husaini Store Dismiss

  • Skip to primary navigation
  • Skip to main content

Zikri Husaini

Str Login Sumbangan Tunai Rahmah 2024

  • Tentang Penulis
    • Kamus Dewan Bahasa dan Pustaka
    • Pertanyaan
    • DMCA
    • Tolong buat Artikel ini (request article)
      • Hantar/Kongsikan Artikel Anda disini!
    • Pengiklanan
  • Disclaimer
    • Privacy Policy
  • Affiliate Area
  • My account
  • Shop
    • Cart
      • Checkout
    • Goods / services / delivery policy
    • Refund policy
    • Terms and conditions
    • Contact Us :
  • Show Search
Hide Search
You are here: Home / Archives for pahang vs sabah

pahang vs sabah

Live streaming Pahang vs Sabah liga super 10.3.2020

Zik · Mar 10, 2020 · Leave a Comment

liga super ,

Liga super kembali untuk perlawanan yang ketiga dalam saingan liga super 2020. Jadinya pertemuan di Stadium Darul Makmur bukan tugas mudah bagi Sabah. Perlawanan ini lebih kepada misi tebus kemenangan ke atas Pahang. Dalam enam pertemuan Sabah hanya menang sekali dan seri dua kali menentang Pahang. Satu rekod yang kurang baik. Kalau ikut rekod, memanglah pasukan Tok Gajah ( Pahang) punya kelebihan dan skuad yang seimbang dan berpengalaman di pentas Liga Super.

Pahang juga mahukan kemenangan, sebab 2 perlawanan semua kempunan. Perlawanan pertama dengan pasukan Selangor tewas 1-2. Dan perlawanan kedua kecewa lagi apabila tewas 2-3 dengan pasukan Petaling jaya fc . Last minit pulak tuh kena gol freekick dari bekas pemain pahang sendiri, Kogileswaran.


Perlawanan ini berlangsung pada 10 Mac 2020 pada jam 9 malam. Hari selasa.

Perlawanan sebelum ini Sabah menang ke atas Felda United (3-1) dan seri kepada PDRM FA (0-0) pada aksi pembukaan.

Mungkin dijangka tidak ada perubahan besar pemain yang akan dilakukan oleh Kurniawan Dwi Yulianto. Kemungkinan akan mengekalkan barisan pemain yang beraksi menentang Felda United di Stadium Likas.

Diharapkan penyerang import baru Guy Kassa Gnabouyou akan memberikan aksi terbaik dan seterusnya menjaringkan gol.

Kudrat pemain terbaik ketika menang di Stadium Likas, Petrus Shitembi akan terus ditagih oleh pasukan. Berganding dengan Azizan Nordin di bahagian tengah diharap beraksi pada tahap terbaiik mereka.

Di bahagian pertahanan Rawilson Batuil, Park Taeso, Zubir Azmi dan Ummareng Bacok mungkin juga akan dikekalkan.

Manakala penjaga gol yang kian mencuri tumpuan Wan Azraie akan menjaga benteng akhir Sabah.

Rodoljub Paunovic hampir pasti akan diturunkan bersama dengan Guy Kassa Gnabouyou di serangan Sabah.

Kedudukan Dennis Buschening di left winger (LW) Sabah masih samar setelah belum lagi beraksi di tahap sepatutnya. Sama ada akan di ganti oleh Hamran Peter atau Alto Linus.

Maxsius Musa yang masuk sebagai pemàin gantian dan terus menjaringkan gol menentang Felda United boleh diharapkan di posisi Right Winger (RW). Tetapi kecederaan bahu yang belum ke tahap 100% fit juga menjadi pertimbangan untuk memulakan aksi kesebelasan utama.

 

Keputusan terkini perlawanan liga super :

PAHANG VS SABAH 10 MAC 2020,

Live streaming pahang vs sabah liga super 10.3.2020

Live streaming Pahang vs Sabah 24 ogos 2019

Zik · Aug 24, 2019 · Leave a Comment

piala malaysia,

Perlawanan piala malaysia pusingan yang kedua perlawanan yang ke 4. Pasukan pahang yang mendapat 9 mata penuh buat masa ini, adakah pahang akan meneruskan momentum kemenangan sebab pahang sahaja yang belum ada kalah dan seri. Semua deret menang. Semalam pasukan terengganu yang cemerlang 9 mata sebelum ini, akhirnya tumpas ditangan pasukan tercorot kumpulan A, negeri sembilan 2-3 di stadium paroi.

So pasukan pahang kena hati-hati biarpun team ini memang sudah cukup kuat. Kadang-kadang simple mistake boleh jadi kalah.  Baik dah lead, tiba-tiba seri pulak. Percaturan dollah salleh memainkan peranan penting bertemu sabah ditempat sendiri.

Kedudukan terkini kumpulan D:

  1. PAHANG 9 MATA
  2. PERAK 4 MATA
  3. PENANG 4 MATA
  4. SABAH 0 MATA

[Read more…] about Live streaming Pahang vs Sabah 24 ogos 2019

Live streaming Pahang vs Sabah piala malaysia 4.8.2018

Zik · Aug 4, 2018 · Leave a Comment

piala malaysia,

Perlawanan hari ini dalam kempen piala malaysia. Kita ada 4 perlawanan, Pahang vs Sabah di stadium Kuantan pahang 4 ogos 2018. Menariknya dalam piala malaysia, di peringkat kumpulan, kita ada perlawanan timbal balik dalam meneruskan perjuangan di peringkat kumpulan. Untuk layak ke suku akhir perlu mendapatkan tempat kedua terbaik.

KEPUTUSAN TERKINI :

PAHANG (0) VS (0) SABAH

Prestasi pasukan pahang.   [Read more…] about Live streaming Pahang vs Sabah piala malaysia 4.8.2018

Laman Website/ Blog ini didaftarkan dibawah syarikat ZIKRI TECHNO ENTERPRISE (JR0050749-T) beralamat di POS 157, KAMPUNG PARIT NO2, JALAN YUSOF, 83610, MUAR, JOHOR.