Beberapa game tak nampak kelibat dia. adakah dia cuti, atau sakit, atau direhatkan. Setakat ini belum ada apa-apa lagi pengumuman dari pihak JDT mahupun dari big boss JDT , Tengku Mahkota Johor.
Ketiadaan Benjamin Mora dalam dua perlawanan terakhir Johor Darul Ta’zim (JDT) sebelum ini mencetuskan tanda tanya dalam kalangan penyokong bola sepak tanah air.
Pelbagai spekulasi bermain di media sosial dengan ada yang mendakwa ketua jurulatih JDT itu berdepan hal tertentu hingga dia tidak dapat bersama Harimau Selatan ketika berdepan Penang dalam saingan Liga Super dan suku akhir Piala FA menentang Melaka United, Sabtu lalu.
Namun, muncul juga khabar angin di media sosial yang mendakwa bahawa salah sebuah pasukan Liga Malaysia (Liga M) sedang dalam proses menamatkan khidmat seorang jurulatih disebabkan masalah tertentu.
Khabar angin itu menyaksikan terdapat segelintir warganet atau netizen yang cuba mengaitkan nama Mora susulan ketiadaan pengendali dari Mexico itu dalam dua perlawanan sebelum ini. Atau akan ada pertukaran (swab) mora ke jurulatih harimau malaya dan Kim Pan Gon ke JDT. belum di pastikan keshahihan cerita ini.
Beberapa pasukan termasuk di Liga Super dan Liga Perdana sebelum ini pernah dikaitkan dengan pertukaran jurulatih susulan prestasi kurang memuaskan dalam kancah bola sepak tempatan musim ini. Atau juga mungkin demand gaji, sebab setakat ini tiada kekalahan musim ini , sampai ke suku akhir lagi dalam kejohanan ACL 2022, lawan dengan pasukan kelab jepun nanti bulan 8 nanti.
KEJAYAAN MORA SETAKAT INI.
Mora yang sebelum ini mengecapi pencapaian gemilang bersama JDT termasuk tiga kali memenangi Liga Super pada tahun 2019, 2020 dan 2021 selain menjulang Piala Malaysia pada tahun 2019.
Kali terakhir Mora tampil bersama JDT ketika berdepan Sabah di Stadium Likas, 15 Julai lalu yang mana Harimau Selatan menang 2-1 hasil jaringan Fernando Forestieri pada lewat permainan.
Ketiadaan pengendali berusia 43 tahun itu menyaksikan tugasnya dipangku penolong jurulatih, Mohd Hamzani Omar dengan JDT berjaya mengalahkan Penang 1-0 dan menang 2-1 ke atas Melaka United di gelanggang lawan.