
Kekalahan 0-2 kepada Palestin dalam aksi pembukaan Kelayakan Piala Asia B-17 2027 pastinya mengecewakan skuad Malaysia B-16 kendalian Shukor Adan.
Namun, peluang untuk bangkit masih terbuka apabila Harimau Muda bakal berdepan Singapura dalam aksi kedua Kumpulan E pada 14 November 2026.
Selepas tewas dalam perlawanan pertama, Malaysia kini memerlukan kemenangan untuk menghidupkan peluang memburu tiket ke pusingan akhir Piala Asia B-17 2027 di Uzbekistan.
Ketua jurulatih, Shukor Adan mengakui para pemain kecewa dengan keputusan menentang Palestin. Bagaimanapun, beliau mahu mereka segera melupakan kekalahan tersebut dan kembali memberikan fokus sepenuhnya kepada perlawanan seterusnya.
Cabaran kali ini bukan mudah apabila Singapura hadir dengan keyakinan tinggi selepas membelasah Guam 6-0 dalam aksi pertama.
INFO PERLAWANAN
Malaysia B-16 ? Singapura B-16 [Read more…] about MISI BESAR HARIMAU MUDA! MALAYSIA SASAR BANGKIT, SINGAPURA JADI SASARAN SETERUSNYA!