
KELANA JAYA: Pasukan Liga Malaysia (Liga M) tampak terpaksa ‘melopong’ selepas penantian hampir empat bulan untuk mendapatkan baki agihan hak penyiaran yang dijanjikan Ogos lalu berakhir dengan perkhabaran kurang enak.
Ini kerana Liga Bolasepak Malaysia (MFL) mengesahkan pihaknya tidak dapat melunaskan agihan kali kedua terbabit yang masing-masing berbaki RM1.5 juta buat pasukan Liga Super dan RM500,000 untuk pasukan Liga Perdana susulan kedudukan kewangan kurang baik berpunca daripada penarikan diri penaja utama, Telekom Malaysia (TM) Mac lalu. [Read more…] about MFL MUNGKIR JANJI!!