
Melaka FC terlepas peluang untuk mengutip tiga mata penuh di laman sendiri apabila terikat 2-2 dengan Star City FC dalam aksi Liga Super di Stadium Hang Jebat.
Perlawanan berlangsung sengit apabila kedua-dua pasukan saling berbalas serangan, dengan Star City mempamerkan semangat juang tinggi untuk bangkit dua kali selepas ketinggalan.
Melaka FC memulakan permainan dengan cukup baik apabila Muhammad Jafri Firdaus Chew membuka jaringan seawal minit kelima hasil bantuan Kpah Sherman. Jaringan awal itu memberikan kelebihan buat tuan rumah untuk mengawal permainan.
Memasuki babak kedua, Star City FC meningkatkan tekanan dan berjaya menyamakan kedudukan pada minit ke-55 menerusi tandukan Pedro Henrique hasil hantaran Douglas Felisbino.
Namun, kegembiraan pasukan pelawat tidak bertahan lama apabila Melaka kembali mendahului lima minit kemudian. Noel Asbre menyudahkan peluang hasil sepakan percuma Pak Kwangil untuk menjadikan kedudukan 2-1. [Read more…] about STAR CITY FC BANGKIT DUA KALI, MELAKA FC TERPAKSA BERPUAS HATI DENGAN SATU MATA!