• Tentang Penulis
  • Pengiklanan
  • Pertanyaan
  • Peta Blog
  • Disclaimer
  • Privacy Policy
  • Hantar/Kongsikan Artikel Anda disini!
  • Affiliate Area
  • DMCA
  • Newsletter

Zikri Husaini

Kemesraan yang berkekalan

  • Tentang Penulis
  • Pengiklanan
  • Pertanyaan
  • Peta Blog
  • Disclaimer
  • Privacy Policy
  • Hantar/Kongsikan Artikel Anda disini!
  • Affiliate Area
  • DMCA
  • Newsletter
You are here: Home / Archives for malaysia vs jordan

Live streaming Malaysia vs Jordan Persahabatan 30 ogos 2019

August 27, 2019 by Zik 2 Comments

malaysia vs jordan,

malaysia vs jordan,

Perlawanan persahabatan sebelum kita akan berlepas ke indonesia pada bulan september (6 haribulan) nanti bukan mudah untuk bertemu dengan pasukan Jordan ranking yang lebih baik. Pasukan arab timur ini pastinya membuat persiapan piala dunia 2022 qatar nanti mahu berada dalam keadaan yang baik.

Perlawanan kali ini bertempat di stadium bukit Jalil, Kuala Lumpur jam 8 malam.

Harimau Malaya akan melayan kunjungan Jordan pada aksi persahabatan yang dijangka berlangsung di ibu negara pada 30 Ogos ini.

Skuad kendalian Tan Cheng Hoe itu sepatutnya menentang Emiriah Arab Bersatu (UAE) dalam aksi persahabatan, tetapi ia terpaksa dibatalkan susulan kedua-dua pasukan diundi dalam kumpulan sama pada kempen kelayakan Piala Dunia 2022/Piala Asia 2023.

Sebagai ganti, Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) mendapatkan Jordan untuk dijadikan sebagai pemain pemanas badan sebelum Harimau Malaya membuka tirai kempen kelayakan berdepan Indonesia di gelanggang lawan, 5 September ini.

Mampukah skuad Tan Cheng Ho melakar sesuatu dalam perlawanan penting ini bertemu dengan pasukan jordan? Persediaan ini penting dari mental dan fizikal kita pun tak pasti bagaimana perlawanan di indonesia lagi seminggu dua sahaja lagi.

Selain mahukan point untuk perbaiki ranking perlawanan dalam perlawanan persahabatan ini. Kita pun nak tahu sejauh mana senarai pemain yang telah dipanggil oleh Tan Cheng ho kali ini.

27 pemain yang dipanggil untuk kebangsaan skuad kali ini.

SENARAI 27 PEMAIN DIPANGGIL KE KEM LATIHAN PUSAT SKUAD HARIMAU MALAYA

Penjaga gol
1. Farizal Marlias (JDT)
2. Hafizul Hakim (Perak)
3. Ifwat Akmal (Kedah)

Pertahanan
1. Adam nor (JDT)
2. Corbin Ong (JDT)
3. Shahrul Saad (Perak)
4. Nazirul Naim (Perak)
5. Matt Davies (Pahang)
6. Syahmi Safari (Selangor)
7. Irfan Zakaria (K. Lumpur)
8. Dominic Toretto (Police)

Tengah
1. Syamer Kutty (JDT)
2. Brendan Gan (Perak)
3. Azam Azih (Pahang)
4. Faiz Nasir (Selangor)
5. Akram Mahinan (PKNS FC)
6. Daniel Amier (FELDA Utd)

Sayap
1. Safawi Rasid (JDT)
2. Akhyar Rashid (JDT)
3. J. Partiban (Perak)
4. Mohamadou Sumareh (Pahang)
5. Hadin Azman (FELDA Utd)

Penyerang
1. Syafiq Ahmad (JDT)
2. Hazwan Bakri (JDT)
3. Shahrel Fikri (Perak)
4. Norshahrul Idlan (Pahang)
5. Jafri Firdaus Chew (PKNS FC)

Skuad Harimau Malaya akan kembali turun dalam perlawanan antarabangsa menentang pasukan Jordan yang kini berada di ranking 99 dunia pada Jumaat 30 Ogos nanti. Kedua-dua pasukan dalam persiapan menghadapi kelayakan Piala Dunia selepas perlawanan persahabatan ini.

REKOD perlawanan harimau malaysia dan jordan. 

Skuad Malaysia berjaya mencatatkan 3 kemenangan dari 5 perlawanan terakhir, manakala Jordan hanya mencatatkan 1 kemenangan dari 5 perlawanan terakhir mereka pada tahun 2019.

Tan Cheng Hoe telah menyenaraikan 27 pemain terbaik yang bakal menerajui permainan Harimau Malaya untuk turun menentang Jordan nanti. Safawi Rashid, Norshahrul Idlan dan Mohamadou Sumareh dijangka menjadi tulang belakang serangan Malaysia untuk menghadapi Jordan.

Jordan pula bakal turun dengan penyerang prolifik mereka Hamza Al-Dardour yang telah menjaringkan 27 gol sepanjang penampilan bersama pasukan kebangsaan Jordan. 17 pemain daripada pasukan Jordan bermain di Piala Asia 2019.

Ujian terbaik untuk skuad Harimau Malaya.

Mampukah Malaysia mencatatkan keputusan yang baik dalam perlawanan ini sebagai pelonjak semangat menghadapi Indonesia pula pada 5 September nanti? Bersama kita nantikan.

Ayuh semarakkan sokongan kepada pasukan Malaysia!

ekor harimau malaya pun sudah bersedia untuk menggempur sempena perlawanan kali ini dan juga harapnya ini hadiah sempena hari kemerdekaan kita yang ke 62 kalau tak silap.

Satu Penyokong, Satu Bendera!

Bagi memeriahkan lagi perlawanan dalam aksi persahabatan Malaysia vs Jordan, mari kita warnakan rumah kita dengan bendera Jalur Gemilang kebanggaan rakyat Malaysia.

Kita pakat ramai-ramai bawak sorang satu! Demi dan untuk negaraku. Bersama selamanya!

p/s : Dah boleh pi cari bendera Jalur Gemilang kat Tong Hup sana.

JANGAN LUPA :
MALAYSIA VS JORDAN
MASA : 8:45 PM
TARIKH 30 OGOS 2019
LOKASI : STADIUM BUKIT JALIL.
Info tiket perlawanan :

Harga tiket: RM20 (terbuka), RM40 (grandstand) & RM5 (kanak-kanak).

Tiket boleh dibeli secara online:

tickethotline.com.my

Jualan Online Tutup:
KHAMIS, 29.08.2019 I 11.59pm

*Pembeli akan menerima dua emel dari Tickethotline;
1. Emel pertama ialah resit pembelian mengesahkan pembelian berjaya.
2. Emel kedua ialah E-ticket yang mengandungi butiran tiket, pintu masuk dan tempat duduk. E-Ticket akan dihantar ke emel pembeli dalam masa satu hari bekerja.

*Tidak perlu tebus tiket. Imbas E-Ticket anda di pintu masuk yang telah ditetapkan pada E-Ticket anda.

* Sekiranya anda tidak mendapat E-Ticket, sila hantarkan butiran berikut ke sales@tickethotline.com.my untuk semakan lanjut.
Nama:
No. I.C:
Email:
Telefon:

Nantikannya live streaming kita akan update pada hari jumaat nanti ok tunggu!!!

 

 

Live lain

Live streaming malaysia u23 vs Jordan u23 13.1.2018(kelayakkan piala asia u23)

January 13, 2018 by Zik Leave a Comment

keputusan undian kelayakkan piala asia 2019

Perlawanan yang kedua setelah perlawanan yang pertama tewas 1-4 dengan Iraq. Untuk perlawanan kedua kempen kelayakkan piala afc champhionship u23 2018 di china tahun ini. Jordan sebelum ini seri dengan pasukan Saudi Arabia 2-2. Memang sukar untuk pasukan kendalian datuk ong kim swee kali ini dalam mendapatkan mata. Nak curi mata pun agak semput nih. Itulah nasibnya bila berdepan dengan pasukan asia timur yang mempunyai susuk tubuh badan yang lebih tinggi.

Taoi itu semua alasan jer, kalau tengok pasukan asia yang lain macam jepun pun kecik jugak, tapi ada dia punya skills dan juga taktikal yang lebih tersusun kemas boleh jadikan pasukan mereka lebih digeruni berbanding pasukan malaysia ini.  [Read more…]

Keputusan perlawanan persahabatan malaysia u23 vs jordan u23 2103

November 15, 2013 by Zik 1 Comment

image

Errr, kenapa teruk sangat nih.
[Read more…]

Search di zikrihusaini.com

Follow me on twitter. Official Twitter

 

 






Ada promosi terbaru di shopee

Promosi di Lazada 


 

PESANAN PENAJA

THE BERKAT

Kerja Kosong

Recent Posts

  • Live streaming badminton final beregu malaysia vs chinese taipei 17.12.2021
  • Jenis butter yang sesuai untuk digunakan!
  • PEMBAYARAN BPN 2.0 PADA 21 jANUARI 2021, semak di bpn.hasil.gov.my
  • TELEGRAM BOTS YANG ANDA BOLEH CUBA, YANG KE 5 PALING BEST!!
  • Cara mohon i-sinar kwsp kategori2

Sponsored Links :

Iklan teks: sebulan 5 ringgit jer

Tekan sini untuk info iklan

 

Jom Shopping ke JD SPORT


 




Kategori/Sitemap

Archives

Copyright © 2021 · Magazine Pro Theme on Genesis Framework · WordPress · Log in

Before you go

You may also be interested in these posts:

Pengumuman

Video pengumuman hari raya aidilfitri 2013 M/ 1433 Hijrah

Assalamulaikum dan selamat sejahtera. Sukur alhamdulillah, pejam celik, pejak ce…

Arts & Entertainment

Ariff bahran, tersingkir dan 5peserta mara ke final big stage 2018

Ariff bahran tersingkir minggu ke 7 Nampaknya sampai disini sahaja perjuangan ar…

Sukan

Keputusan terkini pahang vs istiklol dushanbe 16.9.2015

Keputusan terkini pahang vs istiklol di stadium darul makmur dibawakan khas oleh…