CREDIT GAMBAR PAGE FAM FACEBOOK
KEPUTUSAN PENUH :
MALAYSIA (0) VS (0) TAJIKISTAN
Penentuan Penalti
MALAYSIA (0) VS (3) TAJIKISTAN
Kita sebagai penyokong pun sedih, tetapi kena terima kenyataan pasukan Tajikistan lebih baik dalam menyempurnakan sepakan penalti malam tadi. Semua dah bermain dengan baik pada perlawanan tadi dan berakhir dengan seri 0-0 tanpa jaringan lawan dengan Tajikistan.
Separuh masa pertama tiada jaringan berjaya dihasilkan . Awal minit permainan, malaysia belum settle down. Dah tiba-tiba hujan turun. Keadaan padang yang basah menyukarkan kedua-dua pasukan ini untuk melakukan serangan. Sumareh pun hampir buat hal dia pergi terjah kaki pemain Tajikistan , gila betul. Nasib ref tak bagi kad kuning kedua.
Separuh masa kedua terus sumareh digantikan dengan Faisal Halim. Ada lagi beberapa pertukaran selepas itu, memasukkan Darren Lok, ariff Aiman dan Dominic Tan . Tetapi tetap takda keputusan positif dihasilkan. Pada minit ke 86, ada gol dari Tajikistan tetapi bola tuh dah Offside sebenarnya. Cemas jugak masa tuh.