
Malaysia Potensi Hantar Dua Kelab Ke ACLE 2028/29, JDT Jadi Tulang Belakang Ranking Negara!
Malaysia semakin menghampiri peluang untuk menghantar dua kelab ke saingan AFC Champions League Elite (ACLE) 2028/29 selepas berjaya melonjak ke tangga kelima ranking kelab AFC Zon Timur.
Perkembangan positif itu menyaksikan Malaysia memintas China dan kini muncul sebagai negara kedua terbaik di Asia Tenggara, hanya di belakang Thailand yang masih menguasai kedudukan rantau ini.
Berdasarkan unjuran ranking kelab AFC 2027 oleh Footy Rankings, Malaysia kini mengumpul sebanyak 46.142 mata, sekali gus meningkat satu anak tangga berbanding kedudukan keenam pada ranking 2026.
Kedudukan tersebut meletakkan Malaysia di tangga kesembilan ranking keseluruhan Asia, mengatasi China yang mengumpul 44.897 mata. Perbezaan antara kedua-dua negara ialah 1.245 mata.
Lebih menarik, kedudukan semasa membolehkan Malaysia memperoleh formula 1+1 bagi ACLE 2028/29, iaitu satu slot automatik ke peringkat kumpulan dan satu lagi slot menerusi pusingan play-off.
Bagaimanapun, peluang untuk mendapatkan dua slot automatik masih terbuka sekiranya Malaysia berjaya memintas Australia yang kini berada di tangga keempat dengan 46.300 mata.
Jurang antara Malaysia dan Australia hanya 0.158 mata, sekali gus menjadikan persaingan untuk memperbaiki kedudukan ranking semakin menarik. [Read more…] about Malaysia Intai Dua Slot Ke ACLE 2028/29!