Assalamulaikum dan salam sejahtera.
M Rajoli meninggal Dunia??
Ini berita yang aku baru dengar ditwitter dan facebook.com. Punca sebab beliau meninggal dunia aku tak berapa pasti, tapi yang aku tahu M Rajoli, (65 tahun) ada penyakit kanser di kelenjar otak (lymphoma) yang dihidapi sudah banyak tahun juga. Walaubagaimanapun, kita tunggu dari akhbar untuk pengesahan yang lebih jelas. (***update Beliau telah meninggal dunia pukul 10.45 malam sila ke rujuk di link dibawah untuk maklumat lanjut).
Realitinya ketika ini, M. Rajoli, seniman tersohor pujaan ramai yang pernah membuat orang ketawa dan menangis kerana lakonannya, kini beliau tidak mampu untuk berbuat seperti biasa dan tiada siapa dapat mengantikannya. Marilah kita semua, sedekahkan Alfatihah, kepada Arwah M Rajoli yang telah meninggalkan kita semua. Kepada hidup seperti kita harus teruskan perjuangan sebagai khalifah Allah.
Punca kematian.
Beliau yang dikenali sebagai M.Rajoli atau nama sebenarnya Haji Mohd Rajoli bin Mohamed Zin, Allahyarham meninggal dunia akibat jangkitan pada paru-paru, tekanan darah rendah dan sakit jantung.
Dilahirkan di Kampung Kasar, Pasir Mas, Kelantan, Allahyarham yang menderita akibat penyakit limfoma (kanser kelenjar di bahagian otak) pernah menjalani pembedahan pada 11 November, 3 tahun lalu.
*** Update cerita terkini disini [Read more…] about M Rajoli Meninggal Dunia