Perlawanan hidup mati pasukan kebangsaan hari ini menentang pasukan china afcu 19 26 oktober 2018. Satu misi yang sukar sebenarnya, biarpun menang sekalipun, belum tentu akan mara. Sebab ianya bergantung kepada keputusan perlawanan di sebelah pihak saudi arabia vs tajikistan. Kalau saudi arabia tewas, atau seri , kita sudah boleh mengucapkan selamat tinggal afc u19 . Kalau sebaliknya peluang masih ada dengan syarat malaysia mesti menang bergaya bertemu dengan pasukan china hari ini.
Pasukan yang sudah layak ke peringkat seterusnya ialah , Indonesia, Qatar , Jepun , Thailand, Korea Selatan, Austrlia dan Saudi Arabia. Tinggal lagi satu pasukan yang kita tunggu , memerlukan keputusan perlawanan malam ini.Antara Tajikistan atau Malaysia, itu sahaja.
KEDUDUKAN TERKINI KUMPULAN D:
- 1.SAUDI ARABIA 6 MAT A
- 2. TAJIKISTAN 1 MATA
- 3.MALAYSIA 1 MATA
- 4. CHINA 0 MATA
Kalau tengok kedudukan terkini carta kumpulan D, memang agak sukar, memanglah tak boleh nak potong arab. Tajikistan ini pun kira 50-50. Apa yang penting game last ini memadai kita menang ,dapat atau tidak mara ke peringkat seterusnya kita tolak ketepi dulu.
Perlawanan kedua, memperlihatkan pasukan malaysia gagal mendapat tiga mata penuh sebaliknya mengutip 1 mata, dan menutup ruang mendapatkan tempat kedua dalam kumpulan A. Laluan semakin berliku. Ditambah dengan insiden pemain malaysia yang membengkes pemain tajikistan menyebabkan pemain mereka patah kaki, terpusing kaki dia tuh. Red pun dapat, ambik ubat.
Apakah percaturan Bojan Hodak untuk perlawanan terakhir ini??
Target mereka cuma mahu menang sahaja untuk game last ini. Itu sahaja, keputusan game yang lain lantak dialah, yang penting mesti positif. Kalau tidak layak mara ke peringkat seterusnya, Bojak Hodak mahu bertanggungjawab. Tidak semestinya kena letak jawatan, kena tahu akar umbi apa masalah yang dihadapi oleh pemain dan juga attitude mereka ini.
So, jangan lupa :
- ##MASA : 8 MALAM (waktu malaysia) ##
- ##LOKASI: STADIUM GELORA BUNG KARNO ##
- ##TARIKH : 26.10.2018 ##
- ##PERLAWANAN DIANTARA : MALAYSIA U19 VS CHINA U19 ##
Nantikanya live streaming kita akan update malam ini ok. Korang tunggu lepak di blog ini kalau korang tak pergi sana. Huhu..
Semoga berjaya buat skuad kebangsaan u19 .
Rakan media yang lain :
- mynewsports.com malaysia vs china afc u19 26.10.2018
- thejdt.com
- myzons.com
- zikrihusaini.blogspot.com