Perlawanan yang ditunggu-tunggu setiap tahun. Kedah vs Perak pada 15 febaruari 2020 hari sabtu ini. Piala dulang , atau dikenali sebagai Unity shield. Untuk edisi 2020. Giliran pasukan Perak pula menjadi Tuan Rumah untuk tahun ini. Tahun lepas dimenangi oleh pasukan Kedah. Adakah tahun ini akan bertukar milik??
‘UNITY SHIELD’ merupakan satu perlawanan yang telah diilhamkan oleh YAB Presiden KFA, Dato’ Seri Mukhriz Tun Mahathir bagi menyatu padukan hubungan dua kelab bolasepak di utara tanahair iaitu antara Persatuan Bolasepak Kedah Darul Aman dan Persatuan Bolasepak Perak.
Yang menariknya keakraban kedua-dua presiden persatuan antara asas perlawanan ini dirancang seterusnya membawa mesej perpaduan dan nilai murni dalam bolasepak kepada semua pihak. [Read more…]