Ini kali pertama Akhyar yang lebih dikenali sebagai Mat Yat kembali ke Stadium Darul Aman sejak meninggalkan skuad Lang Merah secara kontroversi, Disember lalu tahun lepas 2018.

Kes akhyar belum settle lagi tuh . 

Sehingga hari ini, kes berkenaan masih belum berkesudahan selepas Persatuan Bola Sepak Kedah (KFA) tetap memanjangkan perpindahan Akhyar ke JDT kepada Mahkamah Timbang Tara Sukan (CAS).

“Saya harap para pemain beraksi dengan sepenuh jiwa dan dalam masa sama tidak terlalu yakin dalam perlawanan itu. Saya mahu kemenangan berpihak kepada Kedah.

“Peminat pula diharap menjaga kelakuan dan jangan menimbulkan sebarang provokasi meskipun kedua pasukan mempunyai ‘kisah yang panjang’,” kata Setiausaha Kehormat KFA, Asmirul Anuar Aris kepada Utusan Malaysia.

Biarpun baru kembali daripada tugasan antarabangsa bersama skuad kebangsaan dalam kempen kelayakan Kejuaraan AFC bawah 23 (B-23), namun pemain tengah berusia 19 tahun itu dilihat turut menaiki bas pasukan JDT sebelum berlepas ke Alor Setar hari ini. – UTUSAN ONLINE