Bahang suku akhir piala afc u23 baru jer reda setelah kita gagal untuk mara ke separuh akhir setelah tewas tipis 1-2 dengan korea selatan, tempohari, manakala pasukan vietnam mara ke final setelah menang tipis setelah seri 3-3 , menang melalui sepakan penalti 5-3 keatas pasukan Iraq yang kita tewas pada perlawanan pertama 1-4. Satu sejarah baru buat pasukan vietnam. Di sukan sea vietnam hanya di peringkat kumpulan sahaja. Tetapi , di pentas yang lebih tinggi pasukan vietnam semakin hebat nampaknya. Thailand yang juara pun hanya di peringkat kumpulan. Malaysia di sukan sea, naib juara, sampai ke suku akhir dah kira oklah. Kalau tak kita dah ke semi final , sikit lagi tuh. Memang syok kalau tiba2 masuk final lawan dengan vietnam.. itu lagi rare tuh. ‘
JDT tahun lepas.
Kejayaan demi kejayaan, tetapi gagal mula-mula dengan terlepasnya piala sumbangsih, tapi masih lagi memegang Piala liga super 4 tahun berturut-turut, piala afc sampai ke suku akhir tewas dengan ceres , pasukan dari filipina dan Juara Piala Malaysia edisi 2017.
JDT VS MUANGTHONG UNITED!!
Perlawanan pertama untuk skuad harimau selatan tahun ini kalau tak silaplah. Yang official punya sebelum kita start liga super ,tak lama jer lagi. Bulan depan dah nak start liga super. Kalau jdt layak(banyak lagi step), mungkin jadual sudah jadi makin padat, so harapnya ada rotate player yang penting selain memerlukan strategi yang mapuh dari jurulatih, pengurusan yang baik dan bos yang sempoi..eh haha. Layak tak layak jdt akan bermain untuk piala afc juga, so memang jadual dah memang compact. [Read more…] about Live streaming JDT vs Muangthong United AFC Champions League 23.1.2018