
PENCARUM Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) boleh membuat pendaftaran menerusi emel atau pos bermula 1 April 2020, untuk pengeluaran kemudahan i-Lestari seperti yang diumum oleh Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin semalam yang telah diumumkan.
Namun demikian, pengeluaran ini tidak wajib pun. Kalau korang rasa boleh survive atau rasa nak guna untuk simpanan hari tua nanti lebih baik korang buat perkiraan yang panjang bersama-sama keluarga.
Ketua Pegawai KWSP, Alizakri Alias dalam satu pesanan khidmat masyarakat berkata, ahli-ahli boleh membuat pendaftaran secara emel atau pos bermula 1 April dan pendaftaran secara dalam talian boleh dilakukan bermula 1 Mei. “Ahli KWSP akan menerima bayaran ke akaun bank masing-masing bermula Mei ini. Butiran terperinci mengenai kaedah ini akan diwar-warkan sebelum 31 Mac nanti,” katanya.
Menurutnya, semua ahli KWSP yang berumur bawah 55 tahun boleh membuat pengeluaran wang simpanan dalam Akaun 2 masing-masing tertakluk kepada kadar maksimum RM500 sebulan untuk tempoh selama 12 bulan.
Bila tarikh permohonan boleh dibuat?? [Read more…] about Permohonan i-Lestari melalui emel dan pos, online mula 1 Mei 2020