
Perlawananan terakhir dalam penentuan pingat emas dan perak dalam acara bolasepak ibu segala pingat dalam kejohanan sukma edisi 2022 hari ini. Masing-masing melayakkan diri ke final. Adalah beberapa insiden di separuh akhir pasal jurulatih kejar ref tuh hehe. Harap aksi final tiada insiden yang tidak diingini berlaku.
TERENGGANU JUARA HATRIK SUKMA MERENDAH DIRI.
Juara hatrik, Terengganu mengambil pendekatan merendah diri menjelang pertembungan akhir acara bola sepak lelaki Sukan Malaysia (Sukma) ke-20 berdepan Pulau Pinang di Stadium Bolasepak Kuala Lumpur di Cheras, malam ini . Ketua Jurulatih Terengganu Badrul Afzan Razali berkata beliau mengingatkan para pemainnya supaya jangan ambil mudah cabaran Pulau Pinang selepas pasukan itu mencipta kejutan dalam setiap aksi sehingga layak ke final.
“Kita melihat Pulau Pinang sebuah pasukan yang bagus, saya letakkan sasaran peluang 50-50 pada final esok. Bagi saya Terengganu bukanlah pasukan pilihan, ini adalah aksi terakhir kedua-dua pasukan jadi siapa yang kurang buat kesilapan mereka akan menang.
“Sasaran malam ini adalah emas tetapi kita tidak pandang mudah Pulau Pinang yang menewaskan Wilayah Persekutuan (separuh akhir) bagi saya kita tidak ambil mudah aksi esok,” katanya pada sidang media praperlawanan di Stadium Bolasepak Kuala Lumpur di Cheras, hari ini.
[Read more…] about LIVE STREAMING FINAL TERENGGANU VS PULAU PINANG SUKMA 23.9.2022