Perlawan kedua dalam kumpulan H dalam saingan piala afc hari ini diantara pasukan PSM Makassar vs Sabah. Game pertama Sabah memulakan kempen piala afc dengan langkah kanan menang 3-1 keatas pasukan Hougang united. Manakala pasukan PSM Makassar tewas 0-3 dengan kelab dari Vietnam , Hai Phong 0-3. PSM mahu bangkit dalam perlawanan kedua ini.
Menjangkakan PSM Makassar bakal melakukan kebangkitan, pengendali Sabah FC, Datuk Ong Kim Swee merangka strategi khas untuk berdepan wakil Indonesia itu dalam saingan kedua Kumpulan H, Piala AFC di Stadium Kapten I Wayan Dipta, Bali malam ini.
Kata Kim Swee, kekalahan 3-0 kepada kelab Hong Kong, Hai Phong dalam aksi pembukaan bulan lalu meletakkan Makassar pada kedudukan tidak selesa dan satu lagi kekalahan menyebabkan mereka berisiko tersingkir awal. Sedangkan Sabah tiba di Bali dengan motivasi tinggi selepas menumpaskan wakil Singapura, Hougang 3-0 di Kota Kinabalu.
“Selepas tewas pada perlawanan pertama, mereka (PSM) pastinya mahu kembali lebih kuat.
“Jadi kita tidak boleh ambil mudah terutama ketika beraksi di Bali, walaupun ia bukan laman sebenar mereka,” kata Kim Swee.
[Read more…] about SIARAN LANGSUNG LIVE PSM MAKASSAR VS SABAH PIALA AFC 5.10.2023