Perlawanan pusingan 16 hari ini diantara pasukan PDRM vs Kuala Lumpur city. Kuala lumpur city selaku penyandang juara pastinya mahu terus beraksi dalam kempen piala malaysia. Setelah kl city tidak berjaya menjadi juara piala afc tahun ini, namun ianya masih boleh dibanggakan sebab perjalanan kl city sebelum sampai ke final tuh betul-betul susah beb. Lawan dengan Al seeb bukanlah mudah, tewas 0-3 tidak mengapa janji ada pengalaman yang berharga untuk akan datang.