• Skip to primary navigation
  • Skip to main content

Zikri Husaini

Str Login Sumbangan Tunai Rahmah 2024

  • Tentang Penulis
    • Kamus Dewan Bahasa dan Pustaka
    • Pertanyaan
    • DMCA
    • Tolong buat Artikel ini (request article)
      • Hantar/Kongsikan Artikel Anda disini!
    • Pengiklanan
  • Disclaimer
    • Privacy Policy
  • Affiliate Area
  • My account
  • Shop
    • Cart
      • Checkout
    • Goods / services / delivery policy
    • Refund policy
    • Terms and conditions
    • Contact Us :
  • Show Search
Hide Search
You are here: Home / Archives for keputusan malaysia vs great britain kelayakan piala olimpik 2020 jepun

keputusan malaysia vs great britain kelayakan piala olimpik 2020 jepun

Keputusan terkini Hoki Malaysia vs Great Britain 2nd leg 3.11.2019

Zik · Nov 3, 2019 · Leave a Comment

hoki,

TUGAS BERAT!! 

Memang sudah nak lawan dengan pasukan th great Britain nih. Ketinggalan 3 defisit gol memang memberi tekanan buat skuad speedy tigers lagi beberapa jam je nih.

SKUAD hoki lelaki negara berdepan tugas sukar untuk memastikan layak ke Sukan Olimpik Tokyo 2020 selepas tewas 1-4 pada perlawanan pertama kempen kelayakan bertemu Britain di Pusat Tennis dan Hoki Lee Valley awal pagi ini.

Anak buah Roelant Oltmans bagaimanapun bermula baik apabila berada di depan minit keenam menerusi pukulan sudut penalti Nabil Fiqri Mohd Noor.

Ketangkasan penjaga gol berpengalaman, S Kumar menyelamatkan beberapa percubaan berbahaya Britain selepas itu, memastikan gawang gol negara tidak dibolosi sekali gus kedudukan itu kekal selepas tamat separuh masa pertama.

[Read more…] about Keputusan terkini Hoki Malaysia vs Great Britain 2nd leg 3.11.2019

Keputusan terkini Hoki Malaysia vs Great Britain 3.11.2019

Zik · Nov 3, 2019 · Leave a Comment

hoki,

Keputusan terkini perlawanan Hoki kelayakkan ke sukan olimpik tokyo 2020 hari ini pasukan malaysia bertemu dengan pasuka the great britain. Bukan mudah beb, tetapi tidak mustahil .Buat yang terbaik sekarang ini malaysia tigress hockey!!

KUALA LUMPUR: Skuad hoki lelaki Malaysia kini siap sedia menghadapi tugas berat dalam usaha untuk melayakkan diri menyertai Tokyo Olympics 2020, setelah diundi menentang pemenang tiga kali pingat emas, Great Britain.

Berdasarkan cabuatan undi dikendalikan oleh Ketua Pegawai Eksekutif Persekutuan Hoki Antarabangsa (FIH), Thierry Weil di Lausanne, Switzerland hari ini, Malaysia, pada ranking ke-11 di dunia, diletakkan pada pot 3, sementara Great Britain dalam pot 2.

Keputusan terkini :

Second leg ;

First leg :

Skuad Harimau Malaysia itu perlu bermain dalam dua perlawanan luar antara 1 hingga 3 Nov di London, untuk mendapatkan kemenangan agregat bagi menempah tiket Olimpik, selepas beraksi pada edisi Sydney 2000.

Pasukan Great Britain akan disertai pemain dari nombor tujuh dunia England, Wales (18) dan Scotland (19).

Sekalipun menerima undian yang sukar, Presiden Konfederasi Hoki Malaysia (MHC), Datuk Seri Subahan Kamal yakin pasukan Malaysia punya peluang cerah.

“Untuk melayakkan diri ke Olimpik, kita perlu sanggup bermain. Ada sebulan setengah untuk persiapan, sekarang ini terpulang kepada para pemain dan jurulatih, untuk pastikan kita sampai ke Tokyo,” katanya pada sidang akhbar selepas menyaksikan acara cabutan undi di Facebook livestream, di ibu pejabat MHC di sini malam ini.

Pertandingan hoki Olimpik akan berlangsung dari 25 Julai hingga 7 Ogos di Oi Hockey Stadium yang baru dibina, melibatkan 12 pasukan lelaki dan 12 pasukan wanita.

Japan (lelaki dan wanita) telahpun mengesahkan tempat mereka selaku tuan rumah dan johan Sukan Asia, demikian juga Argentina (lelaki dan wanita), Afrika Selatan (lelaki dan wanita), Belgium (lelaki), Australia (lelaki), Belanda (wanita) dan New Zealand (wanita) yang melayakkan diri sebagai johan benua.

Undian penuh lelaki:

  • Jerman lwn Austria
  • India lwn Russia
  • Belanda lwn Pakistan
  • Sepanyol lwn Perancis
  • Kanada lwn Ireland
  • Great Britain lwn Malaysia
  • New Zealand lwn Korea Selatan

Laman Website/ Blog ini didaftarkan dibawah syarikat ZIKRI TECHNO ENTERPRISE (JR0050749-T) beralamat di POS 157, KAMPUNG PARIT NO2, JALAN YUSOF, 83610, MUAR, JOHOR.

Selamat datang ke Zikri Husaini Store Dismiss