Perlawanan kumpulan B hari ini kita akan tahu pasukan manakah yang akan mara ke pusingan seterusnya setelah pasukan A kita sudah mengesahkan tempat , iaitu Brazil dan Venezuela yang mara ke pusingan seterusnya. Pasukan Columbia sebenarnya sudah mengesahkan tempat. Tinggal diantara tiga pasukan ini masih berpeluang untuk mara.
Argentina pada perlawanan pertama tewas mengejut dengan pasukan columbia 0-2 dan perlawanan kedua , seri 2-2 dengan pasukan paraguay. Sebenarnya argentina hampir tersingkir nasib baik seri last game. Game terakhir sebentar sahaja lagi kita akan tahu sama-ada pasukan argentina layak atau tidak. Kena menang perlawanan ini selain columbia kena menang keatas paraguay atau seri. Sekiranya paraguay menang, peluang untuk mara agak sukar buat argentina. Selain misi wajib menang. Harapnya pasukan argentina dapatlah mara kepusingan yang lebih baik untuk kejohanan kali ini.
KEDUDUKAN TERKINI KUMPULAN B
- COLUMBIA 6 MATA
- PARAGUAY 2 MATA
- QATAR 1 MATA
- ARGENTINA 1 MATA