Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) akan dilanjutkan sehingga 14 April. Sebab trend takda menurun kes terbaru nih. Ikutkan memang peratus yang ikut perintah ini lebih kurang 90 peratus lebih. Betul-betul ekonomi negara akan terjejas teruk sekarang ini.
Perkara itu diumumkan oleh Perdana Menteri Muhyiddin Yassin sebentar tadi dalam sidang media yang baru sahaja diumumkan.
“Saya telah diberikan taklimat oleh Kementerian Kesihatan dan Majlis Keselamatan Negara. Trend semasa menunjukkan kes-kes positif Covid-19 yangbaharu masih berlaku.
“Trend ini dijangka akan berterusan untuk beberapa ketika sebelum kes-kes baharu mula menurun. Ini menuntut kerajaan untuk meneruskan Perintah Kawalan Pergerakan bagi satu tempoh masa yang lebih lama.
“Sehubungan itu, kerajaan telah memutuskan tempoh Perintah Kawalan Pergerakan akan dilanjutkan sehingga 14 April,” katanya. [Read more…] about Perintah kawalan pergerakan dilanjutkan hingga 14 April 2020-PM