Kuching City FC akhirnya membuktikan kemampuan mereka di pentas Asia apabila berjaya menewaskan wakil Korea Selatan, Gangwon FC dengan keputusan 2-0 dalam aksi Liga Juara-Juara AFC Two (ACL Two) 2026/2027 di Stadium Taha Ariffin.
Kemenangan cukup bermakna itu bukan sahaja memberikan tiga mata penting kepada The Cats, malah menjadi suntikan keyakinan besar buat seluruh pasukan selepas melalui beberapa keputusan kurang memberangsangkan sebelum ini.
Wira utama Kuching City sudah pastinya Safawi Rasid yang tampil cemerlang apabila meledakkan dua jaringan pada minit ke-13 dan ke-20.
Dua gol awal tersebut jelas memberikan kelebihan kepada tuan rumah untuk mengawal permainan dan meningkatkan keyakinan pemain sepanjang perlawanan. [Read more…] about KEMENANGAN KE ATAS GANGWON SUNTIK KEYAKINAN KUCHING CITY – THE CATS KEMBALI MENYERLAH DI PENTAS ASIA!
