• Tentang Penulis
  • Pengiklanan
  • Pertanyaan
  • Peta Blog
  • Disclaimer
  • Privacy Policy
  • Hantar/Kongsikan Artikel Anda disini!
  • Affiliate Area
  • DMCA
  • Newsletter

Zikri Husaini

Kemesraan yang berkekalan

  • Tentang Penulis
  • Pengiklanan
  • Pertanyaan
  • Peta Blog
  • Disclaimer
  • Privacy Policy
  • Hantar/Kongsikan Artikel Anda disini!
  • Affiliate Area
  • DMCA
  • Newsletter
You are here: Home / Archives for kelayakkan piala dunia pusingan kedua

Keputusan undian Kelayakkan piala dunia 2022 pusingan 2 , Malaysia kumpulan G

July 18, 2019 by Zik Leave a Comment

jadual piala dunia peringkat 2 2022.

harimau malaya, harimau,

Semalam 17 julai, baru sahaja selesai majlis undian pusingan ke-2 kelayakan Piala Dunia Qatar 2022 dan Piala Asia China 2023 bertempat di AFC House, Bukit Jalil Kuala Lumpur.

POT G4 iaitu terdiri dari pasukan dari negara Malaysia,Turkmenistan, Myanmar, Hong Kong, Yemen, Afghanistan, Maldives dan Kuwait.

Setelah undian, malaysia berada di KUMPULAN:

MALAYSIA KUMPULAN G, (KUMPULAN MAUT!). 

Malaysia yang berjaya memecah masuk ke balang undian ke-4 selepas berjaya mengutip mata FIFA Ranking yang baik sebelum ini telah diundi berada dalam kumpulan G bersama-sama UAE, Thailand, Vietnam dan Indonesia. Ibarat berada dalam Piala AFF Suzuki berani aku katakan pertemuan dalam kumpulan G ini, kecuali pasukan UAE yang dilihat mungkin malaysia boleh memberi cabaran.

keputusan undian piala dunia pusingan 2 2022, malaysia kumpulan g pusingan kedua piala dunia 2022, malaysia di kumpulan mana pusingan kedua piala dunia 2022,

Keputusan penuh undian pusingan ke-2 kelayakan Piala Dunia Qatar 2022 dan Piala Asia China 2023 adalah seperti berikut:

Kumpulan A

  1. China
  2. Syria
  3. Filipina
  4. Maldives
  5. Guam

Kumpulan B

  • Australia
  • Jordan
  • Chinese Taipei
  • Kuwait
  • Nepal

Kumpulan C

  • Iran
  • Iraq
  • Bahrain
  • Hong Kong
  • Kemboja

Kumpulan D

  • Arab Saudi
  • Uzbekistan
  • Palestin
  • Yemen
  • Singapura

Kumpulan E

  • Bangladesh
  • Oman
  • India
  • Afganistan
  • Qatar

Kumpulan F

  • Japan
  • Kyrgyzstan
  • Tajikistan
  • Myanmar
  • Mongolia

Kumpulan G

  • UAE
  • Vietnam
  • Thailand
  • Malaysia
  • Indonesia

Kumpulan H

  • Korea Selatan
  • Lebanon
  • DPR Korea
  • Turkmenistan
  • Sri Lanka

Yang mungkin pasukan malaysia agak sukar untuk atasi barangkali ialah dari pasukan Vietnam, Thailand, UAE. Tiga pasukan ini boleh dikatakan terkuat asia tenggara.

Dalam kumpulan G, Malaysia berada diposisi G4, dan perlawanan pertama bagi pusingan ke-2 akan bermula pada 5 September 2019. Berikut adalah jadual perlawanan untuk pasukan malaysia. Save jadual ini ok!!

JADUAL PERLAWANAN KELAYAKKAN PIALA DUNIA , MALAYSIA.

Perlawanan 1 [ INDONESIA VS MALAYSIA] 5 September 2019
Perlawanan 2 [MALAYSIA VS UAE] 10 September 2019
Perlawanan 3 [VIETNAM VS MALAYSIA] 10 October 2019
Perlawanan 4 [ MALAYSIA TAKDA LAWAN] 15 October 2019
Perlawanan 5 [ MALAYSIA VS THAILAND] 14 November 2019
Perlawanan 6 [MALAYSIA VS INDONESIA] 19 November 2019
Perlawanan 7 [ UAE VS MALAYSIA] 26 March 2020
Perlawanan 8 [MALAYSIA VS VIETNAM ] 31 March 2020
Perlawanan 9 [MALAYSIA TAKDA LAWAN] 4 June 2020
Perlawanan 10 [THAILAND VS MALAYSIA] 9 June 2020

jadual piala dunia peringkat  2 2022.

 

 

Apa kata jurulatih Kebangsaan, Tan Cheng Hoe?

Ketua jurulatih kebangsaan, Tan Cheng Hoe mengakui tiada jalan mudah buat skuad Harimau Malaya pada pusingan kedua Kelayakan Piala Dunia 2022/ Piala Asia 2023, bermula September ini.

Diundi bersama-sama Emiriah Arab Bersatu (UAE), Vietnam, Thailand dan Indonesia dalam Kumpulan G, Cheng Hoe menegaskan Malaysia sekurang-kurangnya perlu muncul antara empat pasukan naib juara terbaik untuk mara ke pusingan ketiga, sekali gus layak secara merit ke pusingan akhir Piala Asia 2023.

Cheng Hoe berkata persediaan rapi serta fokus yang tinggi daripada pemain adalah dua elemen yang berupaya merealisasikan impian tersebut.

“Kita tidak boleh hanya bercakap nak terus layak ke pusingan ketiga, dan menamatkan saingan kumpulan di tempat kedua. Kita perlu faham jika mahu muncul naib juara, pasukan perlu dapatkan keputusan yang terbaik. Jadi kita kena buat persediaan terbaik dan fokus setiap perlawanan.

“Ia (kumpulan) bukan mudah…kemungkinan besar negara-negara itu turut gembira dengan keputusan undian ini. Kita tahu UAE pasukan terbaik serta terkuat dan bila bercakap pasal Piala Dunia, semua jurulatih ingin dapatkan setiap keputusan terbaik,” katanya kepada pemberita selepas tamat Majlis Undian Kelayakan Piala Dunia 2022/Piala Asia 2023 di Kuala Lumpur, hari ini.

Pada masa sama, Cheng Hoe mengakui tidak menjangka keputusan undian tersebut dan menyifatkan perlawanan sulung Kumpulan G, berhadapan Indonesia di Stadium Gelora Bung Karno pada 5 Sept depan adalah aksi yang mustahak.

“Memang satu kejutan kerana tidak jangka empat negara ASEAN berada dalam kumpulan sama. Ia seakan kejohanan mini Piala AFF, dan apa yang penting saya mahukan pemain bersedia menghadapi perlawanan pertama menentang Indonesia.

“Semua maklum bukan senang bermain di sana terutama di Stadium Gelora Bung Karno…mungkin sejarah dan situasi (provakasi penyokong tuan rumah) akan berulang,” tambahnya.

Dalam pada itu, Setiausaha Agung Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) Stuart Ramalingam berkata skuad kebangsaan perlu menggunakan peluang keemasan ini untuk layak ke Piala Asia 2023, namun mengakui setiap pasukan mempunyai peluang seimbang.

“Saya rasa kita ada peluang…tuah undian memihak kepada kita dan sekarang hanya mengharapkan persembahan atas padang sahaja. Semua pasukan ingin menang dan peluang itu seimbang,” katanya.

– Bernama

Search di zikrihusaini.com

Follow me on twitter. Official Twitter

 

 






Ada promosi terbaru di shopee

Promosi di Lazada 


 

PESANAN PENAJA

THE BERKAT

Kerja Kosong

Recent Posts

  • Keputusan terkini Liverpool vs Manchester united liga epl 18.1.2021
  • Live streaming badminton final beregu malaysia vs chinese taipei 17.12.2021
  • Jenis butter yang sesuai untuk digunakan!
  • PEMBAYARAN BPN 2.0 PADA 21 jANUARI 2021, semak di bpn.hasil.gov.my
  • TELEGRAM BOTS YANG ANDA BOLEH CUBA, YANG KE 5 PALING BEST!!

Sponsored Links :

Iklan teks: sebulan 5 ringgit jer

Tekan sini untuk info iklan

 

Jom Shopping ke JD SPORT


 




Kategori/Sitemap

Archives

Copyright © 2021 · Magazine Pro Theme on Genesis Framework · WordPress · Log in

Before you go

You may also be interested in these posts:

Sukan

Keputusan terkini jdt vs pkns 4.04.2014

Perlawanan yang berlangsung di stadium selayang selangor. Pkns bertemu vs jdt ma…

Sukan

Live streaming melaka united vs Pahang 18.7.2018

Perlawanan liga super hari ini di stadium Hang Jebat melaka , 18 julai 2018. Mel…

Sukan

Live streaming Belgium vs England piala dunia akhir penentuan 3/4 piala dunia

Perlawanan terakhir diantara pasukan Belgium vs England piala dunia hari ini dal…