TAHNIAH!!
Salam semua. setelah baru selesai menjawab exam satu paper hari ini. Satu berita yang gembira buat calon UPSR, (ujian penilaian sekolah rendah).
Hampir 50 ribu dapat 5A!
Seramai 48,327 calon Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR) tahun ini memperoleh keputusan cemerlang semua A, meningkat kepada 10.02 peratus daripada 9.51 peratus tahun lepas.
Ketua Pengarah Pelajaran, Datuk Abdul Ghafar Mahmud berkata, keputusan itu merupakan pencapaian terbaik bagi tempoh empat tahun mengikut Gred Purata Nasional (GPN), indeks yang digunakan untuk menunjukkan pencapaian calon di seluruh negara.
“Syukur Alhamdulilah, peratusan calon yang berada di bawah tahap pencapaian minimum (semua D/E atau kombinasi kedua-duanya) telah berkurangan daripada 3.99 peratus kepada 3.39 peratus pada tahun ini,” katanya ketika mengumumkan keputusan UPSR di sini hari ini.
Penurunan dalam Grad C
Bagaimanapun, ada sedikit statistik dalam peratusan calon yang mendapat minimum gred C menurun 1.37 peratus berbanding tahun lalu. Seramai 482,334 calon menduduki peperiksaan itu tahun ini. [Read more…] about Hampir 50 ribu calon UPSR dapat 5A!