Tahniah buat Shamsul Yusof dan Skop Production yang telah berjaya pecah rekod dan hampir memotong hantu kak limah 3 yang hampir 27 juta.
KUALA LUMPUR – Filem seram Munafik 2 arahan Syamsul Yusof semakin menggila di pawagam apabila kini sudah mencatat RM21.6 juta kutipan hanya selepas empat hari ditayangkan.
Sekali gus kutipan itu memadam rekod filem Hantu Kak Limah yang sebelum ini mengutip RM9 juta selepas empat hari ditayangkan.
Menurut Penerbit Skop Production iaitu Datuk Yusof Haslam, kutipan tersebut merangkumi tayangan di Malaysia, Brunei dan Singapura.
Perkara berkenaan disahkan oleh Syamsul sendiri menerusi akaun Instagramnya sebentar tadi yang menyatakan kutipan itu bermula pada hari pertama tayangan sehingga semalam.
“Allah memungkinkan setiap sesuatu yang mustahil benar-benar menjadi,” tulisnya.
Sebelum ini Munafik 2 mencatat kutipan sebanyak RM3.6 juta pada hari pertama tayangannya, manakala pada hari tayangan awal sebelumnya pula ia mencatat kutipan sebanyak RM2.05 juta.
Filem yang turut dibintangi Maya Karin, Nasir Bilal Khan, Fizz Fairuz, Fauzi Nawawi dan Mawi itu menelan belanja sebanyak RM2.8 juta.
[Read more…] about Kutipan Munafik 2 ,baru 4 hari tayangan kutipan sudah lebih 21 juta !!! tahniah