Ketua jurulatih DPMM FC, Jamie McAllister tetap optimis anak buahnya mampu mencipta kejutan apabila berdepan Johor Darul Ta’zim (JDT) dalam aksi timbal balik separuh akhir Piala FA 2026/2027, Ahad ini.
Meskipun DPMM FC kini ketinggalan agregat 0-2 selepas tewas pada aksi separuh akhir pertama di Stadium Nasional Hassanal Bolkiah, Brunei, McAllister percaya peluang pasukannya untuk mara ke final masih belum tertutup.
Beliau menegaskan bahawa para pemain perlu turun dengan penuh keyakinan, semangat juang tinggi serta berusaha mendapatkan jaringan awal bagi menghidupkan kembali peluang mereka.
Menurut McAllister, permulaan musim yang positif selepas berjaya menewaskan beberapa pasukan kuat turut meningkatkan keyakinan pemain menjelang pertembungan besar menentang juara bertahan Piala FA itu.
DPMM FC MAHU GOL AWAL! [Read more…] about JAMIE MCALLISTER YAKIN DPMM MAMPU CIPTA KEJUTAN, JDT WAJIB BERWASPADA!
