Selamat datang ke Zikri Husaini Store Dismiss

  • Skip to primary navigation
  • Skip to main content

Zikri Husaini

Str Login Sumbangan Tunai Rahmah 2024

  • Tentang Penulis
    • Kamus Dewan Bahasa dan Pustaka
    • Pertanyaan
    • DMCA
    • Tolong buat Artikel ini (request article)
      • Hantar/Kongsikan Artikel Anda disini!
    • Pengiklanan
  • Disclaimer
    • Privacy Policy
  • Affiliate Area
  • My account
  • Shop
    • Cart
      • Checkout
    • Goods / services / delivery policy
    • Refund policy
    • Terms and conditions
    • Contact Us :
  • Show Search
Hide Search
You are here: Home / Archives for jdt vs petaling jaya

jdt vs petaling jaya

LIVE STREAMING JDT VS PETALING JAYA CITY 30.9.2021

Zik · Sep 30, 2021 · Leave a Comment

piala malaysia

Perlawanan kedua dalam saingan piala malaysia hari ini diteruskan lagi. Semalam 4 perlawanan dah siap semuanya. Selangor tumpas dengan terengganu 1-2. Manakala pasukan sri pahang tewas lagi dengan Sarawak uinited 0-1.  Penang seri dengan Kuala lumpur 1-1 dan Kuching city 2-2 dengan pasukan perak.

Petang tadi Pasukan Kelantan united seri 2-2 dengan pasukan Sabah yang dibimbing oleh Datuk Ong Kim Swee. Kedudukan terkini kumpulan D : [Read more…] about LIVE STREAMING JDT VS PETALING JAYA CITY 30.9.2021

Live streaming Petaling Jaya vs JDT liga super 25.9.2020

Zik · Sep 25, 2020 · 2 Comments

liga super ,

Perlawanan yang ke 9 dalam saingan liga super hari ini 25 september 2020 diantara pasukan PETALING JAYA CITY bertemu dengan juara liga supe 6 kali berturut-turut dengan rekod tanpa kalahnya untuk musim ini. Hanya satu pasukan sahaja yang mampu seri dengan jdt iaitu Felda united. Lain semua habis kena kitai.

Berbaki 3 lagi perlawanan liga, JDT hanya memerlukan 4 mata lagi untuk mengesahkan kejuaraan sekiranya Kedah tidak tewas 3 baki permainan.

PJ City lawan JDT malam ini, merupakan satu-satunya pasukan yang berjaya menewaskan Johor DT musim lalu dan menghalang daripada mendapat gelaran “The Invincibles”. Mampukah mereka melakukannya sekali lagi tahun ini? Menarik untuk kita saksikan bukan? Kita harapkan satu persembahan yang menarik dipersembahan pada perlawanan malam ini. Jangan pulak, main defend jer, kereta kebal. Tiba-tiba counter attack terus gol dari petaling jaya. Haha [Read more…] about Live streaming Petaling Jaya vs JDT liga super 25.9.2020

Live streaming JDT VS petaling jaya fc Piala malaysia 7.8.2019

Zik · Aug 7, 2019 · Leave a Comment

piala malaysia,

 

Perlawanan piala malaysia kedua, pusingan pertama. Hari ini sekali lagi bertemu dengan pasukan Petaling jaya fc. Untuk makluman, pasukan inilah yang menewaskan pasukan jdt pada perlawanan yang dah nak last-last hujung liga super tempoh hari 17 julai bulan lepas. Masih merah lagi peristiwa itu sebenarnya, haha. Petaling jaya satu-satunya pasukan yang berjaya menewaskan jdt di tempat sendiri sejak tahun 2013 akhirnya rekod tanpa kalah liga super lebur.

Bagaimana dengan aksi piala malaysia pada 7 julai ini hari rabu nanti JDT VS PETALING JAYA FC.

APA KATA DEVAN??

Devan mahu ‘conteng arang’ ketiga di Larkin

KUALA LUMPUR: Pasukan PJ City FC mengintai peluang untuk sekali lagi menjinakkan juara enam kali Liga Super, Johor Darul Ta’zim (JDT) apabila bertandang ke Stadium Tan Sri Hassan Yunos, Larkin, dalam saingan Kumpulan B Piala Malaysia, Rabu ini.

Sebelum ini, skuad bimbingan K Devan itu dua kali berjaya menundukkan skuad Harimau Selatan di laman mereka dalam aksi Liga Super.

Devan berkata, pasukannya akan mengatur strategi mengikut kekuatan JDT apabila mereka bertembung dalam aksi Kumpulan B, Piala Malaysia 2019 di venue keramat itu.

“Dari segi corak permainan kita masih akan sama, tetapi dalam bola sepak setiap perlawanan itu berbeza.

“Sebab kita dah buat dua kejutan (mengalahkan JDT), tetapi kali ketiga saya rasa bukan mudah untuk mengatasi pasukan itu.

“Dari segi formasi sama, tetapi mungkin kita perlu atur strategi mengikut kekuatan JDT.

“Jadi, mungkin dari segi idea utama tidak banyak berubah, kita ada strategi tertentu dalam kawasan padang,” katanya selepas menyaksikan anak buahnya mencatatkan kemenangan 2-1 ke atas PKNP FC di Stadium Majlis Bandaraya Petaling Jaya, di sini, kelmarin.

 

Tahun lalu, ketika dikenali sebagai Persatuan Bola Sepak India Malaysia (MIFA), sebelum dijenamakan sebagai PJ City FC, pasukan itu menewaskan JDT 1-2 juga di Larkin dalam saingan peringkat kumpulan Piala Malaysia.

Sementara itu, ketua jurulatih PKNP FC, Abu Bakar Fadzim yang akur dengan kekalahan pasukannya kepada PJ City FC tetap berfikiran positif kerana mampu mendedahkan pemain-pemain pelapisnya dalam saingan Piala Malaysia.

PJ City memulakan kempen Piala Malaysia mereka dengan langkah kanan dengan mengutip tiga mata penuh hasil kemenangan 2-1 ke atas PKNP FC di Stadium Majlis Bandaraya Petaling Jaya, kelmarin. JDT pula tiada masalah menewaskan pasukan Liga Premier, UiTM FC 3-1 di Larkin pada hari Jumaat yang lalu.

Pastinya pertembungan dua pasukan ini bakal menentukan siapakah yang akan menjadi pendahulu Kumpulan B. PJ City mahu kecewakan JDT buat kali ketiga, tetapi JDT sudah tentu enggan dimalukan sekali lagi di laman mereka sendiri.

[Read more…] about Live streaming JDT VS petaling jaya fc Piala malaysia 7.8.2019

Laman Website/ Blog ini didaftarkan dibawah syarikat ZIKRI TECHNO ENTERPRISE (JR0050749-T) beralamat di POS 157, KAMPUNG PARIT NO2, JALAN YUSOF, 83610, MUAR, JOHOR.