Assalamualakum dan salam sejahtera.
Nampaknya perkembangan penggunaan internet di negara kita malaysia dari tahun demi tahun semakin meningkat. Oleh yang demikian, jumlah yang kena tipu dengan program internet bukan sahaja di malaysia sahaja, malah di seluruh dunia.
Tingkatkan ilmu pengatahuan dunia internet.
Ya, kita harus mempertingkatkan ilmu internet ini selaras dengan ilmu akhirat. Kita perlu tahu perkara-perkara tentang dunia internet dengan lebih mendalam dan juga perlu banyakkan bertanya kepada yang pakar-pakar dalam dunia internet, blogging, pengurusan perbankan internet dan sebagainya.
Semakin tinggi teknologi IT(information technology) risiko semakin tinggi ditipu.
Itu kita perlu akui, sebabnya dalam dunia IT yang hari ini semakin hari semakin cepat, laju sekali mengemaskini teknologi yang memudahkan para pengguna internet termasuklah aku sendiri untuk urusan jual beli dan urusan perbankan yang cepat, mudah dan menjimatkan masa.
Untuk itu, jom kita tengok dibawah ebook, sedikit sebanyak perkara yang kita perlu ambil tahu mengenai jenis-jenis program yang perlu kita jauhi, elakkan dan sebeolehnya kita ambil tahu untuk kegunaan hari ini dan masa hadapan. [Read more…]