
KUALA LUMPUR: Ketua jurulatih Harimau Malaya Tan Cheng Hoe mengambil pendirian tidak mahu menyalahkan mana-mana pemainnya atas kekalahan 1-2 skuad negara menentang Vietnam di Al Maktoum Stadium di Dubai, Emiriah Arab Bersatu (UAE) awal hari semalam.
Bagaimanapun, Cheng Hoe yang kehilangan ayahnya kira-kira 12 jam sebelum sepak mula, berkata bola sepak merupakan kerja berpasukan dan berharap anak buahnya akan berusaha meningkatkan prestasi dan bermain sebagai satu pasukan untuk muncul sebagai skuad yang hebat pada masa depan.
Bapanya, Tan Chooi Siak, 95, meninggal dunia kerana sakit tua pada kira-kira 12 tengah hari semalam, di Alor Setar, Kedah.
[Read more…] about Bola sepak kerja berpasukan, jangan salahkan pemain tertentu – Tan Cheng Hoe