Demam World Cup dah bermula!
Piala dunia FIFA sudah hampir. Nampak bulan hadapan iaitu bulan 6 , demam bola akan datang kembali. Negara manakah yang bakal menjulang piala dunia 2010 untuk edisi kali ini? Mampukah Itali mempertahankan kejuaraannya pada tahun 2006?
Bola itu bulat.
Banyak perkara , elemen yang perlu dititikberatkan, percaturan dalam meletakkan pemain, strategi formasi 4-3-3, 5-3-2, 4-4-2 dan sebagainya dalam perlawanan bola sepak. Faktor, jurulatih, attitude, penyokong semangat berpasukan dan juga yang terakhir ialah nasib ( bola itu bulat katanya!) menjadi faktor kejayaan sesebuah pasukan. Piala Dunia mendapat sambutan yang sangat menggalakkan berbanding liga-liga Eropah, Sepanyol, Italy, German apatah lagi liga-liga Malaysia. Itu memang tidak dapat dinafikan sebab 4 tahun sekali dan sebab ia mewakili negara dan maruah yang harus dipertahankan.
Negara yang bertanding.
Sebanyak 32 negara bakal berentap di Negara Africa Selatan ini.
Lagu tema World Cup 2010.
Lagu Waka Waka yang dinyanyikan oleh Syakira, blog bro tomyam ada cerita mengenainya.
Maskot world Cup 2010?
Binatang yang dinamakan Zakumi.
Zakumi bermaksud persatuan Afrika Selatan. “Za” menunjuk kepada Afrika Selatan. Sedangkan “kumi” bererti sepuluh, merujuk kepada 10 bahasa yang digunakan di negara tersebut. Binatang ini macam leopard, harimau bintang.
Menurut Sekretaris Jenderal FIFA, Jerome Valcke, maskot tersebut berada secara eksklusif di Afsel. Dia akan menjadi sejarah, kerana Afsel merupakan negara Afrika pertama yang menjadi tuan rumah Piala Dunia.
“Zakumi mengeksprestasikan rakyat, geografi, dan semangat Afrika Selatan. Dia memperkenalkan Piala Dunia 2010. Kami yakin, semua orang akan puas dan bersenang-senang dengannya menjelang, selama Piala Konfederasi, juga selama Piala Dunia 2010,” kata Valcke.
Maskot itu berasal dari idea oleh seniman Afsel, Andries Odendaal dari Kota Cape Town. Rambut hijau di maskot itu merepresentasikan rumput lapangan sepakbola.
Bagi FIFA, Zakumi akan membantu membawa Piala Dunia 2010 di Afsel lebih besar, menyenangkan, dan tidak dilupakan. Dia juga akan menunjukkan kepada ribuan orang yang akan datang ke sana tentang kehangatan Benua Afrika.
Pasukan mana bakal juara? [Read more…] about Piala dunia 2010 semakin hampir!