Perlawanan suku akhir kedua di stadium Ipoh perak pada jam 9 malam ini. Sama ada Perak atau Sabah yang akan dapat slot ke Separuh akhir. Tiga slot telah dapat pasukan Pasukan JDT, KUALA LUMPUR dan Terengganu. Bulan 10 kita nak fokus dalam kempen pesta Merdeka. Piala AFC , dan juga liga Super.
Perak bangkit dua kali dalam pertembungan suku akhir pertama di stadium Likas. Adakah sentuhan magis Yusri Che Lah akan menjadi di Stadium Ipoh malam ini. Apa lagi semua datanglah ke stadium Ipoh pada malam ini memberi sokongan sebagai pemain ke 12. Datuk Ong Kim Swee tidak boleh pandang sebelah mata pasukan Perak sekarang ini sudah ada banyak peningkatan sejak dibawah Yusri Che Lah.
Pasukan Sabah yang menduduki tangga ke 4 dalam Liga Super dengan 42 mata berbanding pasukan Perak di tangga 11 dengan 26 mata. Bola itu bulat, jika tahu strategi dalam perlawanan penting seperti ini pastinya akan menghasilkan satu magis. Points dah tak jadi sandaran, semua bergantung kepada pemain dan strategi dari coach.
Video highlights Sabah 2-2 Perak suku akhir Piala Malaysia.
Pasukan Sabah ada penat sedikit minggu lepas ada piala AFC menewaskan pasukan Hougang United dari Singapura 3-1. Awal minggu ini jumpa pulak dengan Perak. Tetapi ianya bukanlah alasan buat pasukan Sabah membuat persediaan melepaskan piala ini ke tangan pasukan lain dengan mudah. Kalau mara, Sabah atau Perak akan bertemu dengan penyandang Juara, JDT. Keras beb. Apepun ianya satu pendedahan yang baik buat pasukan yang akan jumpa JDT. Kuat JDT , kuatlah liga kita.
Pasukan Sabah yang perlu diambil perhatian ialah Darren Lok dan juga Saddil Ramdani. Pasukan Perak ialah pemain import mereka, Luciano Guaycochea dan Wan Zack Haikal bekas pemain kebangsaan yang masih ada bisanya juga. [Read more…] about Siaran Langsung PERAK VS SABAH SUKU AKHIR2 25.9.2023