Salam sejahtera, nampaknya ada dua keputusan sukan yang ingin disampaikan untuk kali ini. Kadua-dua sukan ini adalah final, iaitu Hoki dan Squash berpasukan. Jom kita tengok keputusan hoki.
Hoki sekadar perak.
Hurm nampak aku terpaksa berpuas hati dengan kekalahan sukan hoki negara kita. Tak tahu apa silapnya. Pada separuh masa pertama, kita sudah ketinggalan 1-0 kosong. Dijaringkan oleh pemain pakistan Sohail Abbas pada minit ke 26.
Manakala di separuh masa kedua, Pakistan mengganas lagi, dengan membedil satu lagi gol pada minit ke 38. Jaringan oleh Rehan. Bagi aku, sampai di peringkat akhir sudah membanggakan, kerana sebelum ini memang tak dapat ke peringkat ini. Apepun tahniah diucapkan.
Skuash berpasukan rangkul emas ke 9 buat negara. [Read more…] about Hoki sekadar perak, skuash berpasukan rangkul emas yang ke9!