Hari ini berlangsungnya himpunan anti ICERD yang berlangsung di stadium merdeka.
Puluhan ribu umat Islam dijangka akan berkumpul di Kuala Lumpur khususnya membabitkan ahli dan penyokong Umno dan PAS.
Bekas perdana menteri Najib Razak, Presiden Umno Dr Ahmad Zahid Hamidi dan Presiden PAS, Abdul Hadi Awang antara pimpinan utama yang dijadual turun selain pemimpin badan bukan kerajaan (NGO).
Sementara itu, Mahathir berkata pada hakikatnya tidak ada keperluan untuk perhimpinan itu diadakan kerana kerajaannya telah menolak Icerd.
“Bagi pihak kerajaan jika perhimpunan itu diadakan atas dasar kesyukuran kita mengucapkan terima kasih kerana sokongan yang ditunjukan.
“Pihak kerajaan tidak berhasrat menghalang atau menyukarkan perhimpunan kerana ini bertentangan dengan dasar kerajaan yang mendokong prinsip-prinsip demokrasi,” katanya.
Beliau juga sempat menitipkan doa buat program berkenaan.
“Sebagai penutup saya doakan agar perhimpunan itu berjalan lancar tanpa sebarang gangguan, marilah kita bersama-sama meraikan demokrasi di Malaysia,” katanya.