• Skip to primary navigation
  • Skip to main content

Zikri Husaini

Kemesraan yang berkekalan

  • Tentang Penulis
  • Pengiklanan
  • Pertanyaan
  • Peta Blog
  • Disclaimer
  • Privacy Policy
  • Hantar/Kongsikan Artikel Anda disini!
  • Affiliate Area
  • DMCA
  • Newsletter
  • Kamus Dewan Bahasa dan Pustaka
  • Tolong buat Artikel ini (request article)
  • LIVESCORE BOLA
  • Show Search
Hide Search
You are here: Home / Archives for harga minyak 8 feb hingga 14 februari 2020. harga minyak semasa 2020

harga minyak 8 feb hingga 14 februari 2020. harga minyak semasa 2020

Harga minyak ron 95 turun 4sen seliter, 8 hingga 14 februari 2020

Zik · Feb 7, 2020 · Leave a Comment

Berita baik, barang baik kali inilah untuk pakatan harapan setelah Kementerian Kewangan mengumumkan penurunan harga petrol RON95 dan RON97 serta diesel, berkuat kuasa 8 Februari hingga 14 Februari.  Tetapi itulah nitizen kita macam biasa, kalau turun pun orang komplen, naik lagilah komplen. Kalau turun nak cakap Rm1.50 seliter mana janji lu? itu lapiji kena jawablah.

  • Rm 95 minggu lepas Rm 2.08- Turun kepada RM 2.04 sen seliter. ( 4 sen turun)
  • Ron 97 minggu lepas Rm 2.41  -turun kepada rm 2.34 sen seliter.  (7 sen turun).
  • Diesel minggu lepas Rm RM 2.18- turun kepada RM 2.08 sen seliter (10 sen turun).

Harga RON95 turun 4 sen kepada RM2.04 seliter, RON97 turun 7 sen kepada RM2.34 seliter, dan diesel turun 10 sen kepada RM2.08 seliter.

Sebelum ini, harga RON95, RON97 dan diesel masing-masing RM2.08, RM2.41 dan RM2.18 seliter.

Menurut Menteri Kewangan Lim Guan Eng, kadar baru itu disebabkan penurunan harga minyak global.

“Dasar penstabilan harga runcit ini memanfaatkan rakyat, di mana apabila harga petroleum di pasaran dunia turun, harga runcit produk petroluem juga diturunkan.

“Namun apabila harga pasaran dunia naik, demi melindungi pengguna daripada mengalami impak kenaikan harga, harga runcit produk petroleum akan dikekalkan pada paras tidak melebihi RM2.08 seliter (RON95) dan RM2.18 seliter (diesel),” katanya ketika sidang media di Putrajaya, hari ini.

Harga runcit petrol dan diesel negara ditentukan berdasarkan pengiraan mengikut formula Mekanisme Harga Automatik (APM), bagaimanapun subsidi diberikan apabila harga RON95 dan diesel melebihi had yang ditetapkan.

Tiada had ditetapkan untuk harga RON97.

Lim turut memaklumkan, kerajaan memperuntukkan subsidi sebanyak RM6 bilion pada tahun lalu untuk produk petroleum.

“Kerajaan komitd dengan dasar penstabilan harga runcit produk petroluem selaras dengan janji manifesto PH,” katanya lagi.

Copyright © 2022 · Monochrome Pro on Genesis Framework · WordPress · Log in

  • Tentang Penulis
  • Pengiklanan
  • Pertanyaan
  • Peta Blog
  • Disclaimer
  • Privacy Policy
  • Hantar/Kongsikan Artikel Anda disini!
  • Affiliate Area
  • DMCA
  • Newsletter
  • Kamus Dewan Bahasa dan Pustaka
  • Tolong buat Artikel ini (request article)
  • LIVESCORE BOLA
 

Loading Comments...