Rakyat negara ini berpeluang menyaksikan fenomena gerhana bulan penuh atau ‘bulan berdarah’ bermula sekitar jam 4.47 petang ini dan dijangka berakhir kira-kira jam 9.50 malam. Fenomena gerhana bulan ini muncul semula selepas kali terakhir kelihatan pada 2018.
Ketua Pengarah Agensi Angkasa Malaysia (MYSA), Azlikamil Napiah, berkata fasa penuh fenomena gerhana ‘Super Flower Blood Moon’hanya boleh dilihat jika berada di Semenanjung Malaysia.
Di Sabah dan Sarawak, beliau berkata, orang ramai di sana berpeluang menyaksikan proses pembentukan fenomena gerhana itu lebih awal.